TOPIX TECHNOLOGY

RAM & ROM : Ini Perbezaan Yang Anda Perlu Tahu!

Apakah perbezaan RAM & ROM??

Kedua-duanya merupakan hardware komputer dan bertindak sebagai memori yang bertanggungjawab untuk media penyimpanan pada komputer, laptop, dan peranti yang lain.

Walaupun fungsi kedua-dua memori ini sama, namun terdapat beberapa perbezaan antara kedua-dua hardware komputer ini yang perlu kita ketahui. Sebelum tu, mari kita faham apa itu RAM dan ROM.

PENGERTIAN RAM & ROM

Random Access Memory (RAM)= Cip yang digunakan dalam komputer untuk menyimpan data sementara yang boleh diakses pada bila-bila masa.

Read Only Memory (ROM)= Cip yang menyimpan pengaturcaraan yang diperlukan untuk memulakan proses permulaan komputer. Ia menyimpan data yang bersifat kekal dan tidak boleh diubah serta diprogram kembali.

APAKAH FUNGSI KEDUA-DUA MEMORI INI?
Random Access Memory RAM (Sumber: Google)

Fungsi utama RAM adalah menyimpan fail-fail sementara dalam komputer anda. Ia juga boleh dianggap sebagai penyokong prosesor dalam memproses komputer, dengan membantu sistem operasi dengan mengurangkan jangka masa untuk sesuatu maklumat sampai ke prosesor.

Read Only Memory ROM (Sumber: Google)

Cip ROM digunakan dalam proses permulaan komputer serta untuk menyimpan program BIOS pada motherboard komputer atau laptop anda. Ia menyimpan data secara kekal, bermakna data tersebut takkan hilang walaupun anda dah reboot/matikan komputer.

Cip ROM biasanya digunakan dalam sistem gaming catridge seperti original Nintendo, Gameboy, Sega Genesis dan sebagainya.

BERAPAKAH KAPASITI STORAN RAM & ROM?

ROM mampu menyimpan 4 hingga 8 MB data setiap cip, manakala RAM boleh menyimpan 1 hingga 256 GB data setiap cip. Kapasiti RAM boleh di upgrade untuk kepantasan yang lebih tinggi, berbeza dengan ROM yang tidak boleh diubah.

JENIS-JENIS RAM & ROM

RAM didatangi dalam bentuk cip atau kad. Cip biasanya terdapat dalam smartphone, manakala komputer dan laptop dalam betuk kad. Terdapat 2 jenis RAM, iaitu:

  • RAM statik (SRAM) = Jenis RAM standard yang biasa digunakan oleh pengguna
  • RAM dinamik (DRAM) =  Memori yang tidak menentu yang menggunakan kapasitor berasingan untuk menyimpan setiap bit data

Kami pernah berkongsi mengenai jenis-jenis RAM di blog sebelum ini, kalau anda nak baca boleh klik disini.

ROM didatangi dalam jenis penyimpanan kekal seperti hard disk, pendrive, CD-ROM, DVD-ROM dan
sebagainya. ROM mempuyai 3 jenis, iaitu:

  • PROM = Pengisian datanya ditulis secara elektris
  • EPROM = Mempertahankan informasi serta data dalam waktu yang cukup lama
  • EEPROM = Pengisiannya dapat diakses bila-bila saja tanpa harus membuang data yang sebelumnya

Berikut lah perbezaan antara RAM dan ROM yang kami boleh kongsikan sekarang. Sekiranya anda mendapati artikel ini bermanfaat, jom berkongsi dengan rakan-rakan anda di media sosial!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?