Papan induk (motherboard) adalah komponen utama yang menyambung semua perkara di komputer anda. Jika berlaku kerosakan pada motherboard, komponen yang lain juga akan berisiko untuk rosak. Sebab itu kos untuk baiki motherboard ni mahal.
Bagaimana nak mengenalpasti jika motherboard anda mempunyai masalah? Bagaimana anda boleh memperbaikinya? Apa puncanya?
Terdapat beberapa punca dan tanda yang boleh anda perhatikan di bawah sebelum menghantar baiki.
Tanda-tanda Kerosakan Motherboard
- Kerosakan fizikal motherboard
- Lagging/Glitch
- Hardware yang bersambung tidak berfungsi
- Skrin laptop mula bermasalah
- Laptop slow
Punca-punca Motherboard Gagal Berfungsi Dengan Baik
#1 Laptop Terlampau Panas
Komputer/laptop tidak suka panas. Masalah laptop overheat ni berpunca daripada banyak perkara sebenarnya. Sama ada dari penggunaan laptop terlalu lama, kipas laptop rosak, masalah bateri, thermal paste kering atau cara penggunaan laptop yang salah. Kepanasan yang berpunca dari semua perkara ini boleh merosakkan motherboard anda.
Jika anda ingin menggunakan laptop dalam jangka masa yang lama, sebaiknya anda memakai ‘cooling pad’ atau berhenti seketika untuk laptop ‘cool down’ dahulu. Biar laptop dan komponen didalamnya itu sejuk sedikit, kemudian baru anda sambung kerja semula. Ini sedikit sebanyak dapat mengelakkan motherboard anda cepat rosak.
#2 Tidak Pernah Servis
Laptop ni perlu diservis sekurang-kurangnya enam bulan sekali (dua kali dalam setahun). Dengan ini anda dapat mengenalpasti sebarang kerosakan atau perubahan yang berlaku pada laptop anda dari semasa ke semasa. Servis ini termasuk ‘dust cleaning’, tukar thermal paste, upgrade software dan sebagainya.
Servis ‘dust celaning’ dan ganti thermal paste ini penting bagi mengelakkan laptop atau motherboard anda panas.
Nak tahu macam mana?
Jika tiada servis ‘dust cleaning’, habuk dan debu yang terkumpul di dalam laptop anda akanmenyebabkan kipas laptop gagal berfungsi dengan baik. Bila kipas tak berfungsi, haba pun gagal dikeluarkan dan memanaskan lagi motherboard laptop anda.
Untuk thermal paste pula, biasanya ia hanya digunakan sekali sahaja, kemudian perlu ganti yang baru. ia berperanan untuk menyejukkan cip prosesor pada motherboard. Tapi thermal paste semakin lama akan semakin mengeras, jadi keberkesanannya akan berkurang dan menyebabkan GPU overheat dan rosak.
Nak servis? tekan disini!
#3 Kerosakan Fizikal Motherboard
Kerosakan fizikal lah punca yang paling mudah untuk anda kenalpasti. Contohnya macam transistor terbakar, litar terkelupas, atau cip tercalar yang boleh merosakkan motherboard anda. Mudah je nak tahu, salah satu tandanya ialah anda akan terhidu bau terbakar semasa laptop sedang berjalan.
Masalah ini biasanya berpunca daripada kejadian seperti laptop terjatuh, tertindih, tertumpah air atau laptop dimasuki serangga. Sebab itu pentingnya cara penjagaan laptop yang betul.
Kerosakan fizikal laptop turut mempengaruhi motherboard anda terutamanya jika ia melibatkan patah, kemik, retak dan basah. Jadi pastikan anda tidak meletakkan laptop berdekatan dengan makanan dan minuman, anak kecil ataupun di tempat yang rendah.
Makanan dan minuman di sekitar laptop boleh menyebabkan serangga seperti semut memasuki laptop dan merosakkan litar pada motherboard. Meletakkan laptop di atas lantai atau berdekatan dengan anak kecil juga boleh merisikokan laptop untuk terpijak atau tertindih.
#4 Laptop Sudah Terlalu Lama
Selagi namanya barangan elektronik, pasti akan rosak apabila jangka hayatnya sudah terlalu lama. Jangka hayat sebuah laptop biasanya antara 3 hingga 5 tahun sahaja. Jika laptop yang anda sedang gunakan sekarang ini sudah melebihi had jangka hayatnya, normal lah jika masalah seperti ini berlaku.
Malah bukan sahaja motherboard yang rosak, mungkin banyak lagi komponen yang bermasalah. Kipas laptop adalah salah satu komponen terawal yang akan rosak, menyebabkan kepanasan dan kerosakan pada motherboard anda. Bagi memastikan laptop anda tahan lama, cara penjagaannya haruslah betul dan cermat.
#5 Power Surges (Lonjakan Kuasa)
Motherboard adalah dimana Power Supply Unit (PSU) disambungkan. Jika komponen tersebut memerlukan lebih kuasa dari PSU yang digunakan, ini boleh menyebabkan kerosakan pada komponen dan motherboard.
Masalah yang sering berlaku pada motherboard ialah power surges. Ini terjadi apabila anda memasang banyak barangan elektronik pada plug extension, seperti TV dan peti ais.
Pernah tak anda mengalami situasi dimana semasa and OFF plug, lampu pada plug extension tersebut ‘flickering‘?
Ini disebabkan alat-alat tersebut abnyak menarik kuasa elektrik yang menyebabkan masalah power surges.
Arus elektrik memerlukan beberapa saat untuk dilaraskan sebaik sahaja anda matikan suis tersebut. Dan dalam beberapa saat, ia akan dihalakan ke alat elektronik lain yang masih terpasang pada plug tersebut.
Kebanyakan PSU dan motherboard boleh menyesuaikan voltan untuk menampung power surge yang kecil. Masalah power surge yang besar boleh menyebabkan kebakaran pada motherboard atau komponen lain.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.