Pasti ramai yang pernah menghadapi masalah skrin tak keluar display walaupun dah ON pc, betul tak? Lebih teruk yang gelap terus. Memang kebanyakan customer kami pun hadapi masalah yang sama. Tapi apa punca sebenarnya masalah ini terjadi?
Mari kita kupas satu per satu di bawah.
1. Monitor Terlalu Uzur
Penggunaan monitor pada jangka hayat yang lama juga boleh menyebabkan masalah skrin tidak display. Apabila monitor anda telah uzur, elektronik dan komponen di dalam monitor akan gagal berfungsi dengan baik seperti biasa. Monitor kedua dapat membantu menguji kerosakan pada monitor yang sedang anda gunakan.
Caranya ialah dengan memutuskan sambungan monitor asal dan gunakan kabel yang sama untuk menyambungkan monitor ujian kedua. Jika monitor kedua memaparkan display, itu menunjukkan bahawa monitor pertama mungkin rosak, memerlukan pembaikan atau penggantian. Jika tidak, anda boleh mempertimbangkan masalah lain seperti dibawah pula.
2. Sambungan Kabel Kord Longgar
Salah satu faktor yang menyebabkan skrin gelap ialah sambungan yang longgar di pelbagai kord dan motherboard. Sambungan kabel mudah diperiksa pada komputer desktop, tetapi pada komputer riba agak merumitkan.
Periksa plug adapter monitor anda. Pastikan ia terpasang dengan kuat ke belakang monitor dan disambungkan ke soket, yang membolehkan peranti menerima aliran elektrik yang betul. Sambungan kabel video mestilah dipasang dengan ketat dan selamat, di kedua monitor dan di belakang komputer anda.
Periksa kabel kord untuk tanda-tanda kehausan atau kerosakan dan perhatikan monitor semasa anda menggoyangkan wayar untuk melihat sama ada berlaku perubahan pada skrin monitor. Sekiranya menggoyangkan kord mempengaruhi monitor, kordnya mungkin rosak dan memerlukan penggantian.
Kad grafik haruslah dipasang dengan betul di motherboard berserta dengan semua wayar dan kabel yang diperlukan disambungkan dengan betul dan selamat. Pemasangan kabel dan wayar yang longgar atau salah boleh membahayakan kondisi komputer anda.
3. Kad Video/Kad Grafik Rosak
Kad video, juga dikenali sebagai kad grafik, menterjemahkan data elektronik menjadi gambar visual. Sekiranya kad ini rosak sama ada oleh kerosakan biasa atau manufacturer defect, skrin anda akan menjadi gelap. Kad grafik di komputer desktop mudah diganti dengan menukar kad yang rosak dengan yang baru. Bukan seperti akad grafik laptop yang memerlukan penggantian keseluruhan motherboard sepenuhnya.
Anda boleh cuba gunakan monitor lain di komputer anda dan perhatikan paparannya. Sekiranya monitor kedua tidak menunjukkan apa-apa, mungkin kad video anda yang perlu diganti. Tapi kalau monitor tersebut berjaya berfungsi dengan baik, maknanya monitor sebelum ini yang bermasalah.
4. Masalah Motherboard
Kadang-kadang kad video anda okay je, tetapi motherboard pula yang bermasalah. Semua komponen dalam komputer anda disambungkan ke motherboard.
“Motherboard ni macam mana?”
Motherboard ialah papan litar besar yang membenarkan semua jenis hardware berkomunikasi dan berinteraksi dengan betul. Kalau motherboard anda mengalami litar pintas sama ada disebabkan tumpahan air atau ‘electrical surge’, ia mungkin akan gagal berfungsi dan tidak dapat membaca atau menggunakan pelbagai kad dan komponen yang disambung padanya.
Periksa motherboard anda untuk tanda-tanda kerosakan, seperti tanda terbakar dari litar pintas atau terdapat bahagian yang melengkung. Cuba kad video lain di motherboard dan lihat jika monitor sudah keluar display. Kalau masih tiada, anda mungkin mengalami kegagalan motherboard dan harus mengganti motherboard yang baru.
Berikut sahaja punca dan faktor masalah skrin pc anda tidak keluar display. Jika anda masih ragu-ragu dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya sarankan anda hantar kepada yang lebih pakar untuk dibaiki.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.