TOPIX TECHNOLOGY

Cara Mudah Install Telegram App Dalam PC Anda

Apa Itu Telegram?

Telegram merupakan aplikasi messenger yang popular dikalangan pengguna. Keistimewaan dan sistem keselamatannya yang baik membuatkan ramai orang telah install aplikasi ini di dalam telefon, laptop, komputer, tablet dan sebagainya. Aplikasi Telegram sangat mudah digunakan dan tidak menggunakan banyak data untuk penyimpanan dan komunikasi.

Ikon Telegram (Google)

“Apa kelebihan Telegram berbanding aplikasi lain?”

Berikut adalah beberapa ciri Telegram yang sangat berguna:

1. Pencarian Kenalan Automatik
(Sumber: Google)

Apabila anda membuat akaun baru di Telegram, anda tidak perlu lagi menambah atau mencari kenalan anda secara manual. Telegram akan menyenaraikan semua kenalan anda yang juga menggunakan Telegram, dan anda sudah boleh berhubung dengannya. Anda juga akan diberitahu setiap kali seseorang dalam senarai kenalan anda menyertai Telegram. Mudah, bukan?

2. Saiz Kumpulan Besar
(Sumber: Google)

Kumpulan Telegram boleh menampung kapasiti anggota sehingga 200,000. Ada sesetengah group yang anda boleh sertai sendiri tanpa di invite ke dalam group seperti aplikasi lain. Sebab itu ramai menggunakan Telegram untuk membuat group dengan tujuan mengajar, jual beli, menonton movie dan sebagainya.

3. Pilihan Chat Rahsia
(Sumber: Google)

Dengan Telegram, anda mempunyai pilihan untuk memulakan perbualan rahsia di mana semua data disimpan dalam mekanisme peranti pelanggan-ke-pelanggan dan bukan di ‘cloud server’. Ini adalah pilihan privasi tertinggi di Telegram dan bermanfaat apabila anda berkongsi maklumat sensitif atau sulit. Chat yang disimpan dalam kotak ‘secret chat’ diselaraskan bersama, jadi jika satu pengguna menghapus mesej, ia juga akan dihapus dari peranti pihak lain.

Selamat, kan?

4. Pemindahan Fail Media Mudah
(Sumber: Google)

Telegram membenarkan anda berkongsi fail media besar melalui chat Telegram tanpa sebarang gangguan. Anda boleh menghantar fail 2 GB melalui satu mesej, dan tidak ada batasan jumlah fail. Berbeza dengn aplikasi lain yang akan memotong fail anda sekiranya melebihi kapasiti.

“Macam mana nak install Telegram dalam PC/laptop?”

Selain daripada guna untuk bermesej, ramai juga yang menggunakan Telegram untuk menonton movie dan buat kerja, kan? Untuk penggunaan yang lebih kondusif, Telegram juga membenarkan anda untuk mengakses akaun anda di telefon pintar, laptop, tablet, dan sebagainya. Caranya mudah saja, anda cuma perlu install aplikasi Telegram dalam PC/laptop anda.

Cara Install Telegram Dalam PC

Ini 6 langkah mudah untuk install Telegram dalam pc menggunakan Bluestacks:

  1. Muat turun dan install BlueStacks pada PC anda
  2. Lengkapkan Google SIgn-in untuk mengakses Playstore, atau lakukannya kemudian
  3. Cari Telegram melalui bar carian di sudut kanan atas
  4. Klik untuk install Telegram dari hasil carian
  5. Lengkapkan Google SIgn-in (jika anda skip langkah (2)) untuk install Telegram
  6. Klik ikon Telegram di skrin utama untuk mula menggunakan aplikasi

Mudah kan? Sekarang anda dah boleh menonton movie dari Telegram di laptop hehe.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?