Ramai orang menggunakan monitor komputer setiap hari di tempat kerja dan di rumah. Monitor merupakan hardware komputer yang berfungsi untuk menampilkan hasil proses data dari komputer dalam bentuk teks, gambar, ataupun video secara visual. Semua jenis monitor memiliki resolusi yang berbeza-beza dalam menampilkan gambar yang dihasilkan dari peranti proses.
Monitor boleh dikategorikan lebih dari lima jenis, tetapi hanya tiga yang sering digunakan dikalangan pengguna. Ada yang keliru dengan perbezaan jenis-jenis monitor komputer?
Mari saya terangkan tiga jenis utama monitor yang banyak digunakan saat ini. Baca sampai habis okay!
1. CRT (Cathode Ray Tube)
Monitor CRT (Cathode-Ray Tube) merupakan jenis monitor komputer generasi 80 sampai 2000-an. Ia juga boleh dianggap sebagai monitor pertama yang dikenali oleh orang ramai sejak komputer mula-mula wujud di pasaran.
Monitor CRT memiliki bentuk kotak yang besar, tebal dan lebar. Nama lain bagi monitor jenis ini adalah monitor tabung. Nama ini bukan sahaja sebab bentuknya seperti tabung, tapi juga kerana monitor ini terdapat sebuah media tabung sinar katoda. Monitor ini bekerja dengan cara memancarkan sinar elektron pada titik-titik kecil di layar.
Sinar katoda tersebut akan terus memantulkan layar monitor dan bekerja mengikut input yang merupakan hasil konversi digital ke gelombang elektromagnetik. Ini membuatkan monitor CRT memiliki sinar radiasi yang cukup besar.
Kini, banyak pengguna telah berhenti menggunakan monitor jenis ini. Ini disebabkan oleh faktor berat, besar, dan sukar untuk diganti sekiranya berlaku kerosakan. Sekiranya anda bercadang untuk dapatkan monitor CRT, sebaiknya anda ubah kepada jenis monitor yang lebih nipis, moden, ringan dan dipercayai. Ini bagi mengelakkan risiko anda menghadapi masalah untuk mendapatkan alat gantian monitor sekiranya berlaku sebarang kerosakan.
2. LCD (Liquid Crystal Display)
Monitor LCD (Liquid Crystal Display) adalah jenis monitor paling popular dan masih banyak digunakan hingga sekarang. Sebaik sahaja monitor lCD diperkenalkan, ramai pengguna meninggalkan CRT dan beralih kesini.
Reka bentuknya yang lebih nipis, ringan, futuristik dan luas menarik minat orang ramai. Monitor ini memiliki resolusi yang lebih tinggi berbanding dengan monitor CRT, walaupun ukuran monitor LCD lebih ramping. Namun, LCD tidak menggunakan banyak tenaga elektrik seperti monitor CRT, menyebabkan ia cepat kehabisan bateri jika ia sebuah laptop.
Monitor LCD adalah sebuah monitor yang disusun dengan memanfaatkan crystalline liquid yang boleh memberikan kualiti warna jauh lebih baik daripada CRT. Crystalline liquid ini tidak memancarkan cahaya sendiri. Di bahagian belakang crystalline liquid arrangement, terdapat lampu neon putih yang memberikan cahaya pada kristal-kristal tersebut. Monitor LCD bekerja dengan cara memancarkan sinar melalui crystalline liquid lalu dipancarkan secara elektrik yang akan membentuk titik cahaya atau piksel yang banyak. Kumpulan piksel yang banyak ini akan menampilkan gambar untuk dipaparkan di skrin.
“Apa kekurangan monitor LCD?”
Kekurangan monitor jenis LCD adalah harganya yang agak tinggi berbanding monitor lain, resolusi monitor yang tidak selalu malar, dan sudut penglihatan yang terbatas. Contohnya kualiti gambar yang berbeza apabila dilihat dari sudut yang berbeza.
3. LED (Light-Emitting Diodes)
Monitor LED adalah jenis monitor terkini yang meletup di pasaran sekarang. Ia memiliki bentuk yang lebih slim dan nipis daripada monitor LCD. Paparannya sedikit melengkung yang menggunakan diod pemancar cahaya untuk lampu belakang, dan bukannya lampu belakang cold cathode fluorescent (CCFL) yang digunakan dalam LCD.
Monitor LED dikatakan menggunakan kuasa yang jauh lebih rendah daripada CRT dan LCD dan dianggap jauh lebih mesra alam. Ia juga memiliki kelebihan dalam hal konsumi daya listrik yang lebih sedikit dibandingkan monitor LCD.
Kelebihan monitor LED adalah ia menghasilkan gambar dengan kontras yang lebih tinggi, varian warna yang lebih banyak, memberi kesan negatif yang sikit pada persekitaran ketika dibuang, tahan lama, dan mempunyai reka bentuk yang sangat tipis. Ia juga kurang menghasilkan haba semasa digunakan. Cuma harganya sahaja yang agak mahal.
Sudah tahu jenis monitor komputer mana yan sesuai dengan citarasa anda? Sekiranya anda mengalami masalah kerosakan monitor, jangan lupa mempelajari cara untuk mengatasinya seperti misalnya monitor anda tidak display.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.