TOPIX TECHNOLOGY

Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Bateri Laptop

Bateri laptop sering menjadi topik utama dalam proses pembelian dan servis laptop. Kenapa? Sebab bateri adalah salah satu komponen yang paling penting dalam laptop.

Disebabkan ramai sangat pelanggan Topix Technology tanya soalan yg sama, jadi saya rasa lebih baik saya share dengan anda semua supaya lepas ni takda yang tertipu atau tertanya lagi. Ini jawapan untuk 4 soalan common tentang bateri laptop yang ramai nak tahu.

1. “Berapa Tempoh Jangka Hayat Bateri ?”

Bateri laptop biasanya bertahan dalam kitaran 3-5 tahun atau 1000 kali cas. Namun, ini hanyalah anggaran semata-mata. Jangka hayat dan keberkesanan bateri laptop sebenarnya bergantung pada cara penjagaan dan penggunaan anda. Lagi cermat, lagi panjang lah jangka hayat bateri laptop tersebut.

google

Apakah tips penjagaan bateri laptop untuk tahan lama?

  • Guna diatas meja yang rata – Haba boleh mengurangkan kapasiti power bateri. Jadi, jangan guna laptop di atas permukaan yang boleh memerangkap haba seperti bantal, tilam, karpet dan lain lain.
  • Elakkan ‘overcharged’ – Tak salah, tapi tidak digalakkan. Walaupun kebanyakan laptop sekarang ada sistem cutoff dimana power akan stop masuk ke dalam bateri apabila ia sudah cecah limit 100%, sebaiknya cabut lah. Mana tahu cutoff rosak, kan?
  • Jauhi anak kecil – Kenakalan anak kecil boleh merisikokan laptop untuk terjatuh, terpijak, tertindih yang boleh merosakkan bateri.
2. “Apakah Tanda-Tanda Bateri Rosak?”
google

Agak sukar untuk kita jangka kerosakan bateri yang berlaku secara tiba-tiba. Tahu-tahu je dah kena beli bateri baru. Sebab tu kita kena alert dengan setiap perubahan yang berlaku pada bateri, seperti :

  • Kerap kepanasan – Bateri anda cepat dan kerap kepanasan walaupun baru sahaja digunakan.
  • Bateri cepat drain – Selama ni bateri yang ‘fullcharged’ boleh tahan sampai 5 jam, sekarang 2 jam pun tidak sampai.
  • Cas lambat naik – Kalau sebelum ni cas selama 2 jam dah penuh, sekarang cas berjam-jam pun tak penuh. Kadang-kadang ada yang tak naik langsung.

Jika bateri laptop anda mempunyai ciri-ciri seperti diatas, itu tandanya bateri laptop anda sudah rosak.

3. “Apa Punca Bateri Selalu Panas?”

Semua benda yang bermotor memang akan panas apabila digunakan. Apa yang bahayanya ialah apabila ia mula panas melebihi kebiasaannya. Masalah seperti ini sering berlaku dikalangan ramai pengguna. Apa sebenarnya yang membuatkan bateri panas ni?

google
  • Tidak pernah servis – Habuk dan debu yang terkumpul di dalam laptop akan menggangu sistem pengudaraan laptop. Sistem pengudaraan yang kurang baik akan menyebabkan laptop cepat panas sekali gus dengan bateri.
  • Guna laptop atas tilam – Penggunaan laptop diatas tilam, bantal dan fabrik menyebabkan pengaliran udara panas termendap dan gagal mengeluarkan haba dari laptop. Haba yang terperangkap dalam laptop boleh merosakkan bateri.
  • Penggunaan yang terlalu lama – Sistem dan komponen yang bekerja keras tanpa henti akan menyebabkan kepanasan pada laptop dan bateri.
google

Sebaiknya anda menggunakan ‘cooling pad’ sebagai pelapik semasa menggunakan laptop. Kipas pada ‘cooling pad’ dapat membantu laptop kekal sejuk dan memberi lebih ruang untuk pelepasan haba dari laptop.

4.  “Boleh Gunakan Laptop Sambil Cas?”

Ramai yang salah faham tentang perkara ini. Sebenarnya tiada masalah pun kalau anda nak guna laptop sambil cas. Apa yang membuatnya bahaya ialah apabila anda menggunakan laptop terlalu lama sehingga cas berkali-kali. Laptop yang digunakan melebihi had ketahanannya tanpa rehat akan menimbulkan masalah seperti bateri kembung, kepanasan, bateri cepat drain dan lain-lain.

google

Cuma satu je, peratus bateri akan lambat naik lah. Kerana power yang masuk sentiasa digunakan. Tapi jika kerja anda tidak boleh ditangguh dan terpaksa menggunakan laptop sambil cas, boleh sahaja.

Itu sahaja soalan yang kami sering terima dari pelanggan yang datang ke Topix Technology. Anda mempunyai persoalan lain mengenai bateri laptop? Komen dibawah nanti kami bantu jawab!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

1 thought on “Apa Yang Kita Perlu Tahu Tentang Bateri Laptop”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?