TOPIX TECHNOLOGY

“Laptop Apa Yang Sesuai Untuk Belajar?” Ikuti Tips Ini

Gajet seperti telefon pintar dan laptop bukan sahaja kehendak, tetapi sudah menjadi satu keperluan untuk pelajar. Lebih-lebih lagi pada musim kelas online ni.

Untuk pelajar yang tidak bergaji seperti pekerja pejabat, membeli laptop baru bukanlah perkara yang mudah. Jadi, pastikan anda memilih laptop yang benar-benar sesuai dengan keperluan anda agar wang yang dikeluarkan tidak lebur begitu sahaja.

Jika anda masih keliru dalam membuat pilihan, ikuti 4 tips pemilihan laptop untuk belajar dibawah!

1. Berapa Bajet Anda?

Kita faham ramai pelajar menggunakan duit simpanan sendiri untuk membeli laptop, jadi bajet tak ada lah tinggi seperti pekerja yang bergaji. Tahukah anda,dengan bajet yang rendah pun anda sudah boleh dapatkan laptop yang berkualiti?

google

Jenis laptop ni ada dua, laptop baru dan laptop refurbished.

“Laptop refurbished tu macam mana?”

Laptop refurbished ni adalah laptop ‘reject’ yang dipulangkan di bawah jaminan, dan dijual semula dengan harga yang lebih rendah oleh pengeluar selepas membaik pulih kecacatan serta menambah baik fungsinya. Dengar perkataan ‘reject’ je mesti fikir tak berkualiti kan?

Sebenarnya sama je seperti laptop baru cuma laptop ini pernah ‘diusik’ dalamnya dan ditambah baik, itu sahaja. Kalau anda ada bajet yang rendah, sangat digalakkan untuk membeli laptop refurbished ini. Bawah RM1000 pun boleh dapat tau!

2. Saiz Laptop Yang Bersesuaian

Saiz laptop terbahagi kepada banyak kategori, antaranya ialah:

google
  • 11″-13″ – Istimewanya laptop bersaiz kecil ini adalah reka bentuknya yang nipis dan ringan, mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Untuk laptop bersaiz 11″ mungkin kelihatan comel, namun saiz skrin nya yang terlalu kecil akan menyukarkan pelajar untuk membuat kerja dengan penglihatan yang jelas dan selesa. Kalau anda betul-betul inginkan laptop yang ringan dalam masa yang sama mudah untuk membuat kerja, laptop bersaiz 13″ sudah mencukupi.
  • 14″-16″ – Ini adalah saiz ‘standard’ dan paling banyak digunakan dikalangan pengguna. Reka bentuknya lebih seimbang serta saiz skrin nya juga lebih memuaskan. Jika anda mencari laptop yang sesuai untuk banyak kegunaan selain daripada belajar seperti bisnes dan basic editing, anda boleh memilih laptop yang bersaiz 14″-16″ ini.
  • 17″-18″ – Laptop bersaiz besar seperti ini biasanya digunakan untuk kerja-kerja editing dan gaming. Jika tugasan anda memerlukan banyak aktiviti editing sama ada video atau pun gambar, laptop bersaiz 17″-18″ ini sangat sesuai. Cuma sukar sedikit lah untuk dibawa merata-rata dan untuk disimpan dalam bag.

Tapi sebenarnya saiz mana-mana pun okay, asalkan sesuai dengan kegunaan dan keselesaan anda. kalau nak ambil jalan selamat, anda boleh memilih laptop bersaiz 14″-16″.

3. Spesifikasi Dan Perisian Yang Diperlukan Untuk Belajar

Yang ini paling penting, kerana harga sesebuah laptop bergantung pada tahap spesifikasi dan prestasi laptop. Semakin tinggi spesifikasi, semakin tinggi harganya. Jadi pastikan anda memilih laptop yang mempunyai spesifikasi yang diperlukan dalam tugasan anda sahaja.

google

Bagi pelajar yang sekadar ingin membuat kerja-kerja penulisan atau pengiraan, laptop yang mempunyai ‘basic software’ seperti Microsoft Office, Google Chrome dan Firefox sudah mencukupi sebenarnya. Berbeza dengan kerja editing dan reka bentuk, anda pasti memerlukan perisian-perisian khas dan spesifikasi laptop yang tinggi untuk ‘support’ kerja-kerja berat seperti itu.

Carilah laptop yang mempunyai spesifikasi dan perisian yang diperlukan untuk kegunaan utama anda sahaja dulu. Nanti kalau anda memerlukan laptop tersebut untuk kegunaan yang lebih berat, anda boleh ‘upgrade’ kepada spesifikasi yang lebih tinggi kemudian.

4. Servis Dan Waranti

Baru je keluarkan duit untuk beli laptop bulan lepas, bulan ni terpaksa keluar untuk baiki pula. Sedar tak sedar anda sebenarnya dah berbelanja ribuan Ringgit dalam masa beberapa bulan je. Rugi kan?

google

Sebab tu pentingnya ada waranti ni. Dalam tempoh waranti, pelajar tidak perlu mengeluarkan duit poket mereka untuk membayar segala kos pembaikian, penukaran alat ganti dan upah sekiranya berlaku kerosakan yang tidak diduga pada laptop.

Biasanya tempoh jaminan untuk pembelian laptop baru adalah selama satu hingga tiga tahun, manakala laptop refurbished pula selama tiga hingga enam bulan, bergantung pada jenis model dan kualiti laptop tersebut.

“Apa akan jadi kalau tak ada waranti?”

Risiko untuk anda ditipu dan rugi akan tinggi. Contohya, anda diberitahu bahawa laptop yang dibeli sangat berkualiti dan tahan lasak. Tetapi belum setahun digunakan, dah rosak. Terpaksa keluarkan wang tambahan untuk kos pembaikian, Kalau ada waranti, percuma je!

Jadi, dah tahu nak cari laptop apa untuk belajar? Kalau masih keliru, tinggal je soalan dibawah nanti kita bantu!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

2 thoughts on ““Laptop Apa Yang Sesuai Untuk Belajar?” Ikuti Tips Ini”

    1. Hi, terima kasih kerana berminat 🙂 Tuan/Puan boleh layari Facebook TOPIX Technology atau klik butang ‘Perlukan Bantuan’ di halaman utama kami ya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?