TOPIX TECHNOLOGY

Perbezaan SSD Dan HDD Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Laptop

SSD dan HDD adalah dua jenis peranti storage yang digunakan sebagai ‘local drive’ untuk laptop anda. Adakah Solid State Drive lebih baik ataupun Hard Disk Drive? Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Apa yang membuatnya berbeza? Baca penerangan dibawah sampai habis okay!

“Apa itu SSD?”

Contoh SSD (google)

SSD atau nama penuhnya Solid State Drive ini tidak mempunyai apa apa bahagian yang bergerak. Ia lebih kurang seperti Pendrive ataupun USB drive. Boleh dikatakan juga SSD ini umpama USB drive yang sangat besar. Information dan data yang disimpan dalam SSD adalah dikumpul menggunakan ‘microchip’.

SSD menggunakan memori flash berasaskan NAND, iaitu jenis memori yang tidak mudah berubah atau nama mudahnya memory jenis ‘non-volatile’ (NVM). Dengan ini, data yang disimpan akan kekal dalam memory walaupun disk telah dimatikan. Inilah sebab kenapa SSD lebih laju daripada HDD dan kurang menggunakan tenaga.

“HDD pula macam mana?”

Contoh HDD (google)

HDD ataupun Hard Disk Drive ialah teknologi yang sudah lama dikenalkan oleh IBM semenjak 60 tahun yang lalu. HDD ini menggunakan magnetism untuk mengumpul data. Ia mempunyai rotating platter atau disc yang berpusing diatasnya. Rotating platter ini berpusing sangat laju dan terdapat satu read/write head di atas disc. Read\write head inilah yang bantu membaca dan menulis data.

Performance HDD ini bergantung kepada kelajuan pusingan platter tersebut. Lebih Laju pusingan, lebih bagus HDD tersebut. Purata pusingan HDD adalah 5700 RPM sehingga 7200 RPM.

Dah faham fungsi kedua-dua peranti ini? Sekarang mari kita bandingkan aspek yang berbeza antara SSD dan HDD:

Perbandingan SSD dan HDD (google)
Ciri-CiriSSDHDD
HargaLebih mahal Lebih murah
KapasitiTidak lebih daripada 1TB untuk laptop dan maksimum 4TB untuk Desktop.maksimum 2TB untuk laptop dan maksimum 10TB untuk desktop
Sistem Operasi (Boot-Time)Lebih kurang 10 saatLebih kurang 30-40 saat
Kelajuan Bacaan/
Menulis
200 MB/s – 550 MB/s50 MB/s – 120 MB/s
Kelajuan Membuka FailLebih kurang 30% lebih laju daripada HDDAgak perlahan berbanding SSD

“Patut pilih SSD atau HDD?”

Jenis SSD (google)

Jika anda mempunyai bajet yang rendah tapi ingin storage yang besar, maka HDD ialah pilihan yang terbaik. Tetapi jika anda berbajet tinggi, maka SSD lah pilihan anda. Kalau anda nak gunakan kedua-kedua Drive pun boleh.

SSD mempunyai lagi satu bentuk iaitu M.2. SSD M.2 lebih kecil daripada saiz biasa dan ia mempunyai slot yang tersendiri untuknya. Tetapi bergantung juga sama ada laptop atau desktop anda mempunyai slot tersebut atau tidak. Jika anda mahu sistem operasi Boot-Time anda laju tetapi tiada bajet yang tinggi, anda boleh beli SSD M.2 bersaiz 120GB untuk sistem operasi sahaja. Data dan software yang lain boleh disimpan di dalam HDD.

Kalau ikutkan pasaran kini, SSD lebih banyak terjual berbading HDD. Jadi, jika anda memerlukan ‘external drive’ yang laju untuk membuat kerja, maka SSD adalah pilihan terbaik buat anda.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

9 thoughts on “Perbezaan SSD Dan HDD Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Laptop”

    1. Hi, boleh Nadzri ???? Tinggalkan sahaja soalan di ruangan komen, atau Tuan/Puan boleh layari Facebook TOPIX Technology untuk info lebih lanjut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?