TOPIX TECHNOLOGY

Tips Memilih Switch Keyboard Yang Sesuai Dengan Anda

Walaupun semua keyboard anda adalah jenis mekanikal, tapi pasti tindakbalas dan keselesaan penggunaannya pasti berbeza kan? Ini kerana jenis switch pada keyboard yang digunakan adalah berbeza-beza.

Anda pernah dengar Cherry MX Blue, Cherry MX Brown, Cherry MX Black, Cherry MX Red? Kalau tak, inilah 4 jenis switch yang paling common di kalangan pengguna.

Switch mechanical ini boleh dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu:

  • Tactile: Switch yang memberikan tindakbalas bumb apabila ditekan separuh
  • Linear: Switch yang smooth dan tidak rasa apa apa apabila ditekan sepenuhnya
  • Clicky: Switch yang merasakan bumb ditengah switch dan mengeluarkan bunyi “click”

Mari saya terangkan satu per satu di bawah.

1. MX Blue Switch

MX Blue Switch (google)

Blue Switch adalah switch keyboard yang paling common di pasaran. Switch ini memberikan tindakbalaas ‘tactile’ dan sangat ‘clicky’ apabila ditekan.

“Macam mana bunyi ‘clicky’ tu?”

Bunyinya sama sahaja seperti anda menekan pen. Bunyi yang terhasil dari switch ini juga agak ‘high pitch’ dan menggangu bagi sesetengah pengguna.

Namun ramai juga yang menganggap ‘clicky’ ini satu kepuasan dalam penggunaan sesebuah keyboard. Blue switch ini sesuai untuk yang suka menaip disebabkan oleh bunyi ‘clicky’ tersebut. Untuk menekan switch ini, ia memerlukan 50g daya untuk ditekan sepenuhnya.

MX Brown Switch  

MX Brown Switch (google)

Sama seperti Blue Switch, Brown Switch juga merupakan switch dari kategori ‘Tactile’ . Bezanya ialah bunyi ‘clicky’ pada Brown Switch lebih perlahan berbanding dengan Blue Switch, sesuai untuk orang yang sensitif dengan bunyi bising. Brown Switch ini sering digunakan untuk tujuan gaming dan penulisan.

Switch ini memerlukan daya sebanyak 45g untuk menekan sepenuhnya, dimana ini dianggap sebagai jumlah yang ringan. Ramai pengguna tidak gemar menggunakan Brown Switch kerana ia terlalu ringan dan mudah untuk tertekan butang tanpa sengaja.

MX Red Switch

MX Red Switch (google)

Red Switch termasuk dalam jenis switch ‘Linear’. Antara tindakbalas Red Switch ialah ‘non-tactile’ dan ‘non-clicky’. Ini bermakna Red Switch tidak mengeluarkan sebarang bunyi ‘clicky’ apabila ditekan, dalam erti kata lainnya disebut ‘Bottoming Out’.

Switch jenis ini amat sesuai untuk tujuan kerja yang memerlukan penekanan butang keyboard secara fast-paced ataupun double-tapping. Misalnya bagi mereka yang ingin bermain game tanpa diganggu oleh bunyi bising dari keyboard serta tersalah tekan butang. Switch ini memerlukan daya sebanyak 45g untuk menekan sepenuhnya.

MX Black Switch

MX Black Switch (google)

Black Switch ini sama sahaja seperti Red Switch, iaitu sejenis switch yang berkategori ‘Linear’. Ia mempunyai tindakbalas yang ‘non-tactile’ dan ‘non-clicky‘. Perbezaannya adalah jumlah daya yang diperlukan untuk menekan switch ini. Switch ini lebih berat dan smooth untuk ditekan berbanding dengan switch yang lain.

Ini dapat mengurangkan risiko untuk anda tersalah tekan butang bagi mereka yang mempunyai jari yang besar. TIndakbalas Black Switch yang tidak bising ini menjadi kesukaan ramai para gamers. Switch ini memerlukan daya sebanyak 60g untuk menekan sepenuhnya.

Sudah tahu keyboard anda menggunakan switch jenis yang mana satu?

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?