TOPIX TECHNOLOGY

Teknik Kembalikan Kerja Word Anda Yang Hilang

Pernah tak korang tengah sibuk buat assignment tiba-tiba laptop terpadam? BIla ON balik habis semua fail tadi dah hilang! Pening kepala bila nak buat semula yang baru.

Jangan panik! Sebenarnya anda masih boleh mendapatkan semula fail yang tidak sempat disimpan tadi. Caranya mudah sahaja, tak sampai lima minit dah boleh dapat sambung kerja balik.

Nak tahu macam mana caranya?

Anda boleh ikut langkah-langkah seperti dibawah.

1. Klik Menu File

Pertama sekali anda perlu membuka semula Ms Word yang baru dan klik File pada bar menu diatas.

2. Pilih Info Dan Manage Document

Selepas keluar bar menu di bahagian tepi seperti dibawah, klik Info. Apabila keluar pilihan Protect Document, Inspect Document dan Manage Document, pilih Manage Document yang berada dibawah sekali.

3. Klik Recover Unsaved Documents

Setelah menekan Manage Documents, anda akan mempunyai dua pilihan iaitu Recover Unsaved Documents dan Delete All Unsaved Documents. Untuk mengembalikan semula fail anda yang hilang, anda pelu memilih Recover Unsaved Documents.

Fail anda akan keluar seperti gambar dibawah. Anda cuma perlu klik sahaja dan sambung membuat kerja seperti biasa.

Mudah je kan? Lagi cepat daripada buat balik yang baru hehe. Tapi langkah ini hanya berguna untuk mengembalikan fail dari Microsoft Word dan Excel sahaja. Kalau untuk Powerpoint memerlukan teknik lain yang berbeza sikit.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published.

× Perlukan Bantuan?