TOPIX TECHNOLOGY

3 Laman Web Untuk Template Power Point Menarik

Asyik-asyik guna template yang sedia ada dari Powerpoint je mesti bosan kan.

Berikut merupakan antara laman web yang menawarkan template menarik dan kreatif secara percuma untuk digunakan dalam slides presentation anda. Baca sampai bawah tau!

1. Slidesgo.com

SlidesGo sering menjadi pilihan utama pelajar universiti dan sekolah oleh kerana template nya yang comel dan menarik. Yang paling penting, ia percuma!

Apa yang best nya ialah anda boleh memilih kategori template seperti bisnes, belajar, pemasaran dan banyak lagi. Selain template secara penulisan, SlidesGo juga menyediakan template berbentuk infografik, keluk dan graf.

Apa yang hanya anda perlu lakukan ialah memuatnaik template yang anda mahu dan mula menukar penulisannya mengikut kemahuan anda.

Cantik kan!

2. Presentationgo.com

Untuk kegunaan kerja yang lebih formal, anda boleh menggunakan template dari Presentationgo. Berbeza dengan SlidesGo, PresentationGo menawarkan template yang lebih eksklusif dan sesuai untuk projek pembentangan pejabat atau pun kerja-kerja formal.

PresentationGo turut menawarkan template mengikut kategori bagi memudahkan anda memilih design mengikut keperluan projek anda. Antara kategori yang terdapat dalam PresentationGo ialah carta dan diagram, penulisan, jadual dan banyak lagi.

Yang ini pun percuma!

3. Powtoon

Sekiranya projek anda memerlukan video atau animasi, anda boleh menggunakan Powtoon. Powtoon juga membenarkan anda mereka bentuk sendiri animasi dan video mengikut citarasa anda.

Untuk menggunakan Powtoon, anda perlu mencipta akaun terlebih dahulu. Walaupun penggunan template adalah terhad bagi mereka yang memakai akaun percuma, tetapi masih banyak template menarik yang anda boleh gunakan.

Anda sudah tidak perlu runsing lagi dalam mereka bentuk slides presentation yang efektif dan menarik. Dengan koleksi template dari laman web diatas, pembentangan anda semestinya bakal mendapat perhatian penonton.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?