TOPIX TECHNOLOGY

Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Setup Gaming Room

Korang yang baca ni mesti tengah keliru macam mana nak setup gaming room korang kan? Sini saya nak share beberapa perkara penting yang ‘gamers’ macam anda patut tahu untuk setup gaming room yang selesa.

1. Kerusi Gaming Yang Selesa

Kerusi gaming amatlah penting untuk setiap ‘gamer’. Jika korang seorang pemain video game yang tegar, korang akan meluangkan masa yang sangat lama di atas kerusi. Sebaiknya gunalah kerusi yang direka khas untuk bermain game dan bukan hanya kerusi plastik semata-mata. Pemilihan kerusi yang salah akan menyebabkan sakit belakang, lenguh pinggang dan kebas.

2. Pemilihan Meja Yang Sesuai

Daripada sudah berpeluang untuk menang, terus kalah sebab ruang untuk korang mengawal mouse terlalu sempit. Oleh itu, pilihlah meja yang besar atau luas supaya tangan anda bebas bergerak tanpa sebarang gangguan daripada barangan lain.

3. Penyusunan Kabel Yang Rapi

Untuk memastikan gaming room anda kelihatan kemas, sebaiknya membeli pemegang kabel. Dekat MR DIY pun ada jual. Kabel yang bersangkut-paut berisiko untuk anda tertarik atau penebat kabel terkopek yang boleh membahayakan diri anda dan merosakkan PC.

4. Meletakkan PC Di Tempat Terbuka

Ini kerana di tempat tertutup terdapat banyak debu yang akan mencemarkan processor/kipas PC menyebabkan PC cepat panas. Oleh itu, CPU haruslah diletakkan di ruang terbuka supaya aliran udara jadi lebih luas. Selain itu, PC yang terlalu berhabuk akan memberi kesan negatif pada performance PC anda seperti lagging, slow dan hang.

5. Wifi Router Padu

Ini paling penting! Korang mesti taknak tiba-tiba ‘lost connection’ masa game tengah sengit kan? Jadi pastikan wifi router korang padu dan laju supaya tak ada yang mengamuk nanti hehe gurau2.

Fikir banyak-banyak ni, barang dah beli ke belum? Kalau belum, tengoklah dulu saya belanja video review gaming equipment kat bawah ni.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

1 thought on “Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Setup Gaming Room”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?