TOPIX TECHNOLOGY

4 Tips Penjagaan Motherboard Anda Supaya Tahan Lama

Motherboard merupakan komponen paling penting dalam semua jenis peranti sama ada komputer, laptop, ataupun telefon bimbit. Oleh itu, motherboard haruslah dijaga dengan baik dan cermat.

Apakah cara penjagaan yang betul bagi motherboard laptop?

1. Tukar Thermal Paste CPU & GPU

Apa itu thermal paste? Thermal paste adalah sejenis bahan silikon dan zink oksida yang berperanan untuk menyejukkan processor chip pada motherboard. Kualiti Thermal paste akan menurun mengikut masa. Jika anda perasan suhu CPU sentiasa tinggi, itu salah satu tanda anda perlu ganti Thermal Paste yang baru.

Thermal paste biasanya hanya diguna sekali dan perlu dicuci serta ganti yang baru. Thermal paste akan mengeras mengikut waktu yang menyebabkan keberkesanannya berkurang dan GPU bakal ‘overheat’ dan rosak.

2. Cuci Kipas Laptop Dari Habuk

Kipas yang berhabuk boleh mengundang pelbagai kerosakan pada laptop. Anda boleh menggunakan penyedut habuk (vacuum cleaner) untuk menyedut habuk yang melekat pada bilah-bilah kipas laptop anda.

Kegagalan kipas laptop untuk berfungsi dengan baik boleh menyebabkan laptop semakin panas lalu merosakkan motherboard. Kalau anda tidak yakin untuk mencuci sendiri, anda boleh hantar saja ke kedai.

3. Hantar Servis

Servis ‘dust cleaning’ motherboard haruslah dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun atau sekali setiap enam bulan. Servis ini bertujuan untuk membersihkan motherboard daripada habuk yang terkumpul.

Motherboard yang dipenuhi dengan habuk tebal berisiko untuk rosak dan memberi kesan negatif pada komponen laptop yang lain serta memperlahankan performance laptop.

4. Jauhi Laptop Daripada Makanan/minuman

Makanan/minuman manis yang diletakkan berhampiran dengan laptop akan mengundang semut atau serangga lain untuk berkerumun di kawasan tersebut. Sekiranya semut memasuki laptop dan memenuhi bahagian dalam laptop dengan sarangnya, motherboard akan berisiko untuk rosak dan reput.

Oleh itu, letakkan makanan dan minuman manis di atas meja yang berasingan dengan meja laptop anda.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?