TOPIX TECHNOLOGY

Fungsi Antivirus Yang Ramai Tak Tahu!

Seperti yang diketahui umum, antivirus adalah satu aplikasi yang direka untuk melindungi sistem dan maklumat dari malware. Selain itu, mengesan dan menghalang virus cuba yang merosakkan fail peribadi dan fail sistem yang terdapat pada komputer pengguna.

Terdapat antivirus yang berbayar dan ada juga yang boleh dipasang secara percuma.

Hampir semua pengguna komputer atau laptop memasang antivirus dalam komputer atau laptop mereka namun, tak ramai yang mengetahui kebaikan antivirus.

Scam Virus Spyware Malware Antivirus Concept

Mungkin sebab anda tidak diberi pendedahan sepenuhnya mengenai antivirus atau anda tidak mencari maklumat mengenai kebaikan antivirus. Tapi takpe, jom kami kongsikan sedikit sebanyak ilmu mengenai fungsi antivirus!

  • BOLEH UNINSTALL PROGRAM SEPENUHNYA

Bila nak uninstall program, anda usually guna panel control but anda tak pasti sama ada apps tersebut dah permenantly deleted. Namun dengan adanya antivirus, anda boleh menyahpasang atau uninstall program tersebut daripada laptop atau komputer anda sepenuhnya.

  • MELINDUNG HALAMAN WEBSITE

Virus disebar melalui iklan ketika anda melayari sesuatu websites. Apabila anda melayari websites yang ada begitu banyak iklan, malware boleh menjangkiti website tersebut sekali gus boleh menjangkiti laptop atau pc. Antivirus boleh menghalang malware dari menjangkiti laptop atau pc anda.

  • DAPAT MENGESAN ANCAMAN VIRUS DALAM EMAIL DAN MEDIA SOSIAL

Secara tidak sedar, virus juga boleh dipindahkan melalui perbualan di email. Selain itu, berkongsi dokumen di media sosial juga antara penyebab pemindahan virus ke peranti lain. Antivirus berfungsi sebagai alat yang menapis mesej yang mengandungi malware masuk ke email.

  • MENGHENTIKAN PROGRAM-PROGRAM BAHAYA

Fungsi antivirus juga adalah mengesan segala program yang dianggap berbahaya bagi sistem komputer. Program yang dianggap bahaya mempunyai fail ‘.exe.’, dan antivirus serta merta melabelkan program tersebut sebagai program bahaya.

  • LINDUNGI KOMPUTER DARI PERANTI YANG DISAMBUNGKAN

Apabila pc anda seringkali menjadi tempat untuk menyambungkan apa apa device, anda takleh agak jika salah satu device yang connected tu ada virus ke tak. So, bila anda install antivirus, anda boleh transfer apa saja document tanpa perlu risau mengenai virus dipindahkan sekali ke laptop or pc anda.

Adakah perkongsian ini bermanfaat atau membantu untuk anda? Tekan butang Share dibawah!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?