TOPIX TECHNOLOGY

Tips Jaga Laptop Yang Anda Patut Tahu

Pada masa kini, penggunaan laptop atau komputer sudah tidak asing lagi. Kerana? Semua orang gunakan laptop tak kira faktor umur, bangsa dan jantina.

Laptop (Sumber: Google)

Sebagai contoh, laptop atau komputer kini digunakan oleh gamers, orang yang bekerja, membuat online business malah pelajar juga menggunakan laptop bagi membuat dan menghantar tugasan.

Sama seperti manusia, laptop juga memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengekalkan ketahanan untuk jangka masa yang lama. Selain itu, laptop juga perlu dijaga bagi mengurangkan kos membaik pulih kerana kos membaiki memakan sehingga puluhan atau ratusan ringgit.

Ralat boleh berlaku di bahagian software atau hardware jika laptop tidak diselenggara atau dijaga dengan baik.

Tips jaga laptop (Sumber: Google)

Antara tips untuk jaga laptop yang sangat sangat perlu di ambil kira ialah:

Tips jaga laptop untuk bahagian hardware ialah:

  • Mengelakkan penggunaan laptop diatas permukaan yang tidak rata.

Meletakkan laptop di atas tilam atau bantal boleh menyebabkan ruang udara di laptop tertutup dan menyebabkan laptop overheat. Jadi, gunakan laptop di permukaan yang rata dan keras seperti meja. Anda juga boleh menggunakan meja jenis macam tu kalau nak buat kerja sambil santai di rumah.

  • Elakkan daripada overcharge

Bateri merupakan salah satu perkara penting dalam sesuatu laptop. Overcharging tidak digalakkan kerana itu akan menyebabkan jangka hayat bateri menjadi pendek. Selain itu, jangan biarkan bateri laptop kosong tanpa dicas dan biarkan sekurang-kurangnya 10%.

  • Memantau tahap kelajuan laptop
SSD vs HDD (Sumber: Google)

Kalau anda perasan performance laptop macam tak cun, upgrade dari HDD ke SSD. Tapi anda kena ingat, tak semua laptop boleh lakukan upgrade tu. Jadi, anda perlu rujuk kepada pakar laptop sebelum nak upgrade ke SSD.

  • Mengawal tempoh penggunaan laptop

Jangan menggunakan laptop tempoh lebih dari 8 jam non stop untuk memastikan kestabilan hardware.

  • Penyelenggaraan berkala

Pastikan laptop anda diservis setiap 6-8 bulan sekali atau 2 kali setahun bagi memastikan laptop kekal seperti baru.

Selain daripada hardware, bahagian software juga perlu dijaga . Antara tips jaga laptop bagi software ialah:

  • Pastikan anda kerap update Windows apabila mendapat notification untuk update bagi mengekalkan kestabilan dan boleh catch up dengan features yang up to date.
  • Kepada pengguna Windows 8, anda digalakkan untuk update ke Windows 10 kerana Windows 10 telah dilengkapi dengan features seperti Windows Defender yang boleh melindungi laptop anda daripada serangan virus berbahaya seperti Ransomware
  • Pastikan anda install sumber daripada website yang selamat. Sesetengah iklan dalam laman web mengandungi virus berbahaya merebak dan seterusnya mencacatkan performance laptop anda.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?