TOPIX TECHNOLOGY

Laptop Bluescreen? Apa Yang Patut Saya Lakukan?

Bluescreen di Windows 10 (Sumber: Google)

Laptop Bluescreen atau BlueScreen of Death (BSoD) ialah apabila sistem operasi Window berlaku ralat sehingga harus diberhentikan daripada terus untuk beroperasi. Blue screen boleh berlaku kepada OS Windows dan OS Mac.

Ramai orang masih tidak tahu apa yang menyebabkan Blue Screen pada laptop mereka. Antara sebab umumnya adalah, apabila pengguna melayari internet dan memasuki website yang tidak dijamin keselamatannya sehingga menyebabkan virus menjangkiti laptop. Selain itu, pengguna menggunakan laptop begitu lama sehingga CPU jadi panas dan berlaku bluescreen.

Berikut adalah beberapa punca utama laptop bluescreen:

  • UNEXPECTED_KERNEL_MODE_TRAP (0X0000007F)

Jika nama ini terpapar pada laptop anda, ini bermakna laptop sedang mengalami overheat.

Laptop menjadi bluescreen kerana mengalami Overheat (Sumber: TenComputer)
  • DATA_BUS_ERROR (0X0000002E)

Ini berlaku apabila berlaku kerosakan pada RAM.

Laptop menjadi bluescreen kerana ralat pada RAM (Sumber: Windows Wolly logo)
  • INACCESSIBLE_BOOT_DEVICE

Ralat berlaku apabila perletakan jumper di kedudukan yang salah pada hard disc atau kedudukan Driver IDE controller.

Laptop menjadi bluescreen kerana kerosakan pada hard disc (Sumber: AOMEI Partition Assistant)

Setiap masalah yang berlaku sudah pasti ada penyelesaiannya. Antara kaedah yang boleh dilakukan untuk menyelesaikan masalah berikut ialah:

Apa yang anda boleh lakukan adalah, shut down laptop anda sementara waktu dan memeriksa kipas penyejuk sekiranya ia masih berfungsi dengan baik.

Jika berlaku ralat pada RAM, anda dinasihatkan untuk membeli RAM yang baru kerana jika masih menggunakan RAM yang rosak, ini akan menyebabkannya menjadi lembab dan akhirnya bertukar menjadi bluescreen.

Fungsi jumper pada hard disc adalah untuk menentukan status cakera keras atau cakera optik sama ada ia akan menjadi master atau slave. Jadi, apa yang boleh dilakukan ialah, anda boleh memeriksa kabel IDE, kemudian bersihkan virus disektor boot dan betulkan kedudukan jumper.

Adakah perkongsian ini bermanfaat atau membantu untuk anda? Tekan butang Share dibawah!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?