Walaupun banyak kes pembeli kena scam dalam pembelian online yang telah kita dengar, namun ia tidak menghentikan orang ramai daripada terus membeli-belah secara online. Salah satu barangan yang paling banyak dibeli secara online adalah laptop.
Apa tips untuk membeli laptop secara online dengan selamat?
Ikuti 8 tips berguna ini sebelum anda membeli laptop secara online:
1. Berbelanja Melalui Aplikasi/Website Rasmi
Perkara paling penting ialah memilih penjual yang boleh dipercayai. Lagi selamat jika membeli laptop melalui website rasmi yang dikeluarkan oleh portal membeli-belah dalam talian yang boleh dipercayai. Namun berhati-hatilah dengan kesalahan ejaan atau laman web yang menggunakan domain tingkat atas yang berbeza. Misalnya ia diakhiri dengan (.net) dan bukan (.com).
Ini adalah adalah trick yang sudah lama digunakan oleh ‘scammer’. Ya, penjualan di laman web ini mungkin kelihatan menarik, tetapi begitulah cara mereka menipu anda untuk memberikan segala butir maklumat anda.
Untuk membeli dari aplikasi tertentu pula pastikan anda lihat review dari pembeli sebelumnya. Di dalam sesebuah aplikasi tersebut terdapat ramai penjual yang menjual barangan sama. Jadi pilihlah penjual yang boleh dipercayai dan mendapat banyak feedback yang positif dari pelanggan sebelum ini. Antara aplikasi beli-belah yang popular sekarang adalah Shopee, Lazada, Mudah, dan banyak lagi.
2. HTTPS atau HTTP?
Jangan sekali-kali membeli laptop menggunakan kad kredit anda dari laman web yang tidak ada SSL (Secure Sockets Layer) encryption. Jika laman web itu mempunyai SSL, URL untuk laman web tersebut akan bermula dengan HTTPS, bukan hanya HTTP. Ikon ‘lock’ atau mangga kunci biasanya akan muncul di sebelah kiri URL, bergantung pada browser anda. HTTPS adalah standard sekarang walaupun di website yang tidak berbelanja, cukup sehingga Google Chrome menandakan halaman mana pun tanpa S tambahan sebagai ‘tidak selamat.’ Jadi laman web tanpa itu akan lebih menonjol.
Berbeza bagi yang menggunakan browser mudah alih, lebih sukar untuk anda melihat URL halaman secara keseluruhan dan melihat HTTPS/HTTP di telefon berbanding di PC. Di telefon, kita akan mempunyai kekurangan penglihatan ‘address bar’. Jadi sekiranya anda ingin membuat pembelian laptop melalui telefon pintar, anda perlu tahu mengenai URL dan memastikannya mempunyai sijil HTTPS.
3. Guna Kad Bank Kedua Untuk Pembayaran
Maklumat kad kredit/debit anda adalah aset terpenting anda semasa membuat pembelian laptop secara online. Kalau boleh, elakkan daripada menggunakan kad debit akaun di mana anda menyimpan semua simpanan anda.
Sekiranya butiran informasi kad itu dicuri, anda akan menghadapi masalah besar. Sebaiknya ada membuka akaun baru dengan wang terhad di dalamnya, khas untuk aktiviti pembelian secara online anda. Dengan cara ini, risiko atau beban untuk butiran kad debit dan wang anda untuk dicuri itu lebih ringan.
Anda juga boleh menggunakan kad kredit untuk pembelian dalam talian kerana bank biasanya lebih terbuka untuk mengembalikan jumlah kad kredit sekiranya berlaku aktiviti penipuan. Pembelian online melalui telefon pintar juga boleh dibuat menggunakan nombor kad kredit prabayar anda.
4. Gunakan sambungan Wi-Fi yang selamat
Elakkan daripada melakukan pembelian laptop secara online melalui sambungan wifi yang terbuka atau awam. Contohnya Wi-Fi percuma di kedai kopi, lapangan terbang dan pusat membeli-belah. Hacker dan scammer Wi-Fi dapat mencuri data peribadi melalui rangkaian Wi-Fi yang tidak selamat seperti ini.
Langkah yang selamat adalah membuat pembelian laptop secara online menggunakan rangkaian Wi-Fi yang selamat dan peribadi di rumah atau pejabat anda. Ingat, penipuan boleh berlaku diamana sahaja, walaupun website yang anda layari sudah terjamin keselamatannya. Anda tetap harus waspada ketika melakukan transaksi online, lebih-lebih lagi jika anda menggunakan internet awam seperti contoh diatas.
5. Buat Perbandingan Harga
Ini sangat penting, lebih-lebih lagi mereka yang kurang berpengetahuan teknikal. Anda boleh membuat perbandingan harga dari berbagai-bagai website yang berlainan. Harga laptop yang ditawarkan haruslah lebih kurang sama, dan perlu setanding dengan spesifikasi laptop.
Sebagai pembeli, sudah tentu kita menginginkan harga laptop yang murah. Namun, jika harga yang ditawarkan terlalu murah anda patut rasa curiga. Ini mungkin penjual tersebut mengeluarkan laptop ‘second-hand’ atau refurbished. Perkara ini tidak salah, tapi pastikan anda mendapat informasi yang betul dari penjual, jangan sampai tertipu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, belilah laptop yang berharga kitaran sama dengan di pasaran sekarang.
6. Baca Details Barangan Dengan Teliti
Sebelum anda membuat pilihan atau sebarang pembayaran, pastikan anda sudah membaca deskripsi laptop yang tertera pada website tersebut. Ini bagi mengelakkan berlaku sebarang ‘misscommunication‘ antara anda dengan penjual. Kalau anda perasan, iklan atau gambar yang dipaparkan pasti mempunyai terma dan kondisi.
Pernah berlaku situasi dimana pembeli membeli laptop dengan harga yang rendah, tapi duit di dalam bank ditolak banyak. Rupanya kerana promosi tersebut hanya tertakluk pada ‘selected item’ sahaja. Jadi pastikan anda baca deskripsi laptop dengan teliti dan minta penerangan yang jelas dari penjual sebelum membuat pembayaran.
7. Jangan Terlebih Kongsi Informasi Peribadi
Tidak ada e-tailer membeli-belah dalam talian yang memerlukan nombor Jaminan Sosial atau hari lahir anda untuk berniaga. Paling-paling kurang pun cuma nombor telefon, email dan alamat sahaja untuk tujuan database pelanggan mereka. Jika butiran ini dan nombor kad kredit anda dapat di tangan scammer atau hacker, mereka boleh membahayakan keselamatan anda.
Semakin banyak mereka tahu, semakin mudah untuk mereka mencuri identiti anda. Jadi sebaiknya nada membeli laptop dari website yang tidak meminta informasi yang berlebihan atau data peribadi daripada anda.
8. Elakkan Membeli-belah Di Tempat Awam
Selain keselamatan wang dan data, keselamatan diri secara fizikal juga harus diambil berat. Untuk membuat pembayaran online, anda perlu memasukkan nombor kad kredit dan tarikh luput serta kod 3 digit di belakang kad tersebut, bukan? Jadi amatlah bahaya untuk anda menulis butiran kad anda di kawasan awam. Ini akan memudahkan orang lain untuk mengintip dan mencuri butiran kad kredit anda.
Laptop pula bukan berharga murah, tetapi mencecah ribuan Ringgit. Ini akan merisikokan anda untuk dirompak sekiranya orang tahu bahawa anda mempunyai wang yang banyak untuk membeli laptop. Jika anda terpaksa berada di kawasan awam, pastikan anda duduk membelakangi dinding, menghadap pintu atau tingkap dan turunkan cahaya skrin laptop atau telefon anda supaya tiada orang yang boleh lihat.
Dengan 8 tips diatas, sekarang aktiviti pembelian laptop secara atas talian anda lebih selamat dan terjamin!
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.