Semua printer tujuannya sama, iaitu untuk mencetak tulisan dan gambar pada kertas. Namun setiap jenis printer mempunyai kualiti dan cara cetakan yang bebeza-beza. Yang manakah sesuai dengan kegunaan anda?
Sebelum membuat pembelian, pastikan anda sudah tahu jenis-jenis printer yang terdapat di pasaran. Jika tidak, wang anda akan lebur begitu sahaja jika printer yang dibeli tidak sesuai dengan kegunaan anda.
Mari kita kupas satu per satu jenis printer yang anda boleh pilih.
1. PRINTER DOT MATRIX
Printer Dot Matrix lebih kurang sama dengan mesin menaip kerana ia menggunakan pita dan jarum besi yang berfungsi untuk menghasilkan tulisan atau gambaran atas kertas. Ia mempunyai elemen yang terdiri dari jarum-jarum yang menekan pita sehingga dapat mencetak pada kertas. Sebab itu hasil cetakan printer ini kelihatan lebih kasar sedikit dari yang lain.
Printer Dot-Matrix ini memiliki 9 hingga 24 pin kepala cetak (print heads), dimana terdapat jarum besi yang akan menghasilkan cetakan tulisan yang diprint. 24 pin kepala cetak menghasilkan lebih banyak titik daripada printer dot-matriks 9 pin, yang menghasilkan kualiti yang lebih baik dan cetakan yang lebih jelas.
Printer jenis ini biasanya digunakan oleh syarikat-syarikat besar yang banyak melakukan aktiviti pencetakan dokumen. Ini kerana printer Dot Matrix mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi, menjadikannya bagus untuk mencetak dokumen dalam jumlah yang besar. Printer Dot-Matrix biasanya dicetak pada kelajuan antara 100 hingga 600 karakter sesaat.
2. PRINTER INK JET
Printer Ink Jet adalah printer yang banyak dipakai pada masa kini. Ia memerlukan tinta sebagai elemen untuk mencetak dengan cara penyemburan. Ini kerana terdapat sebuah plat magnet yang mengalirkan tinta ke atas kertas mengikut pattern yang anda mahu. Kualiti cetakan printer Inkjet hampir sama dengan kualiti cetakan pada printer Laserjet.
Ia befungsi untuk mencetak dokumen dalam bentuk teks mahupun gambar dan mampu menghasilkan cetakan hingga resolusi 5760 x 1440 dpi. Selain tinta warna, printer inkjet juga boleh di set untuk mencetak dengan warna hitam putih.
Printer ini menggunakan teknologi khusus yang disebut dor on demand, dengan menyembur titik-titik tinta kecil ke dalam kertas melalui lubang pipe (nozzle). Didalamnya juga terdapat 2 buah catridge iaitu catridge untuk tinta hitam dan tinta warna.
Dikembangkan pula teknologi heat-generating, yang bertujuan untuk mempercepatkan proses percetakan. Penggunaan tinta cair sahaja memerlukan waktu yang agak lama untuk tinta mengering. Sistem penyemburan memberikan kualiti hasil cetakan yang lebih baik daripada printer Dot Matrix dan mampu kering dalam masa beberapa detik sahaja.
3. PRINTER LASER JET
Dengar namanya sahaja sudah tahu bahawa printer jenis ini menggunakan laser dalam proses pencetakannya. Printer Laser Jet menggunakan sinar laser sebagai sistem kerjanya untuk mencetak dokumen. Cetakan yang terhasil adalah daripada serbuk toner (sejenis tinta untuk laserjet yang berbentuk serbuk dan tidak cair) yang terdapat didalamnya.
Sebilangan besar printer laser menggunakan cahaya, dram peka cahaya, atau tali pinggang fotoreseptor. Sumber cahaya yang dipancarkan dari batang laser menarik gambar ke atas dram berputar atau plat reseptor foto.
Semasa mencetak laser akan mengimbas halaman baris demi baris. Kaedah penulisan yang diterima umum adalah laser hitam dan putih, yang menawarkan kandungan dalam teks hitam.
Sama seperti printer Inkjet, printer Laser Jet juga boleh di set untuk mencetak warna hitam putih sahaja atau seluruh warna lain seperti Sian, Magenta, Kuning, Hitam. Printer Laser Jet bekerja sangat pantas dan catridge nya juga tahan lama. Sangat sesuai untuk pejabat atau mereka yang ingin mencetak dalam jumlah yang banyak.
4. PRINTER LED/LCD
Ini adalah printer fotografi elektro yang sama dengan printer laser. Kedua-dua printer LCD (paparan kristal cecair) dan LED (diod pemancar cahaya) menggunakan sumber cahaya dan bukan laser untuk membuat gambar pada drum. Proses pencetakannya hampir sama, bezanya LED menggunakan Light Emitting Diodes untuk mengisi drum, dan yang lain menggunakan Liquid Crystals.
Jenis printer ini mampu menghasilkan cetakan teks dan grafik berkualiti tinggi. Sesetengah pengguna berpendapat bahawa printer laser kurang efektif berbanding printer LED, dimana tidak memerlukan banyak pergerakan.
5. PRINTER THERMAL (POS PRINTER)
Anda pasti pernah nampak printer thermal ini di kaunter supermarket, kan?
Printer Thermal ini sering digunakan untuk membuat label, tanda keselamatan, penanda jalan, barcode, label penghantaran, dan banyak lagi. Kualiti printer Thermal hampir sama dengan Dot Matrix, printer Thermal menggunakan elemen pemanasan kecil untuk mengaktifkan atau memindahkan pigmen.
“Apakah kelebihan Printer Thermal ini?”
Kelebihan printer ini adalah tidak bising dan proses pencetakan yang cepat. Namun ia tidak boleh mencetak diatas kertas sebarangan, tetapi menggunakan kertas khusus thermal (umumnya permukaan licin dan dalam bentuk roll).
Untuk yang lama, printer Thermal berfungsi dengan cara meletakkan gulungan kertas ke dalam bekas di dalam mesin dan hujung gulungan itu disangkut ke dalam slot. Haba yang terbentuk di dalam mesin bertindak balas dengan kertas dan pigmen memindahkan gambar ke kertas.
Untuk mesin yang lebih baru, mereka menggunakan catridge ribbon printer. Di dalam ribbon catridge terdapat bahan lilin yang tersimpan di dalamnya. Semasa printer digunakan, kertas dimasukkan melalui slot yang terletak di antara kepala cetak dan roller dan panas kemudian mencairkan bahan dan menempelkannya ke kertas.
6. PLOTTER/ WIDE FORMAT PRINTING
Printer Plotter adalah istilah untuk printer yang digunakan untuk mencetak grafik vektor. Secara umumnya ia digunakan untuk mencetak grafis pada permukaan kertas, mencetak sticker, vinyl, dan lain-lain yang memerlukan cetak grafis pada bidang yang luas. Contohnya untuk mencetak poster, banner, spanduk, blueprints, peta dan gambar rajah dan lain-lain. Printer Plotter lebih canggih dari printer yang lain kerana ia menghasilkan lukisan yang berkualiti tinggi.
Printer jenis ini digunakan bersama aplikasi reka bentuk komputer untuk membuat garis produk dengan lebih pantas dan tepat, terbaik untuk perniagaan kreatif grafik seperti seni bina, reka bentuk kejuruteraan dan gambar CAD yang lain.
Printer Plotter memiliki dua jenis, iaitu:
- Flatbed Plotter – Flatbed Plotter adalah plotter digital yang berfungsi dengan menggunakan lengan yang menggerakkan pen ke atas kertas, bertentangan dengan plotter drum
- Drum Plotter – Drum Plotter adalah sejenis pen plotter yang membungkus bahan kertas media di sekitar drum. Drum berpusing untuk menghasilkan satu arah plot dan kemudian pen bergerak untuk memberikan arah yang lain.
7. PRINTER SOLID INK
Sejenis printer kelas laser yang menggunakan dakwat lilin padat yang dicairkan dalam proses pencetaknnya. Tinta lilin yang dicairkan tersebut dilelehkan dalam sebuah tempat, kemudian dipindahkan ke drum yang akan mendinginkan tinta tersebut. Setelah itu baru mencetaknya ke atas kertas.
Kualiti cetakan warna yang cantik diperoleh dengan memindahkan dakwat ke drum terlebih dahulu dan kemudian ke printer, kerana drum dapat dikawal dengan lebih baik daripada kertas yang bergerak.
Berbeza dengan jenis-jenis printer yang lain, printer Solid Ink ini mempunyai komponen dalaman yang lebih sedikit. Suhu serta kelembapan kertas sahaja yang mempengaruhi performace printer ini
8. PRINTER BUBBLE JET
Printer Bubble Jet adalah sejenis printer inkjet. Perbezaan antara printer Inkjet dan printer Bubble Jet adalah printer Bubble Jet menggunakan elemen pemanasan tertentu untuk menyiapkan tinta, sedangkan printer inkjet menggunakan kristal piezoelektrik.
Kalau anda perasan, hasil cetakan dari printer Bubble Jet lebih kurang seperti cetakan film. Sangat sesuai untuk mereka yang gemar mencetak gambar-gambar film dari kamera. Printer Bubble Jet turut dilengkapi dengan connector USB dan card reader. Jadi printer ini boleh digunakan direct dengan kamera tanpa perantara komputer. Kini juga sudah tersedia printer photo portable yang dapat juga digunakan sebagai slide show.
Namun, harga printer ini boleh dikatakan agak mahal untuk sebuah printer yang hanya boleh mencetak kertas yang berukuran kecil sahaja. Hasil cetakan juga lebih mudah rosak jika terkena air.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.
.