Perkakasan dan perisian atau lebih sering disebut hardware dan software adalah dua komponen terpenting dalam menjalankan sistem komputer. Namun masih ada sebahagian dari anda yang kurang faham mengenai dua perkara ini. Jadi kali ni kami ingin berkongsi mengenai pengertian, fungsi dan jenis hardware serta software. Baca sampai habis okay!
Hardware | Sebarang peranti bersifat fizikal yang digunakan di dalam atau bersama komputer atau laptop. |
Software | Kumpulan kod pengaturcaraan yang dipasang pada cakera keras komputer atau laptop anda. Perisian adalah bersifat maya. |
APAKAH FUNGSI HARDWARE DAN SOFTWARE?
Umumnya hardware ni berfungsi mengolah data yang diinput oleh operator. Kemudian data yang diproses akan menjadi data output iaitu informasi. Fungsi hardware ni sebenarnya terbahagi kepada tiga, iaitu input, proses, serta output.
- Input Hardware: Memasukan data ke dalam komputer. Contohnya seperti keyboard, scanner, mouse, mikrofon dan sebagainya.
- Process Hardware: Mengolah data mengikut arahan yang diberikan oleh operator, melalui Input Hardware. Contohnya adalah Central Processing Unit (CPU).
- Output Hardware: Menampilkan data hasil olahan dari Process Hardware. Antaranya adalah monitor, printer, speaker.
Software merupakan data yang telah diformat, dan disimpan ke dalam media penyimpanan dalam bentuk digital. Sistem operasi komputer dan aplikasi atau program yang anda install dalam komputer/laptop anda juga dibawah kategori software.
Fungsi software adalah untuk menyokong hardware yang terdapat pada komputer. Operator menggunakan software, untuk memberi arahan kepada hardware untuk bekerja. Sama seperti hardware, fungsi software juga terbahagi kepada tiga, iaitu:
- System Software: Software yang direka untuk mengendalikan hardware, seperti sistem operasi dan driver peranti.
- Application Software: Mengolah data pada komputer. Contohnya Ms.Office, Adobe Photoshop, Corel Draw dan sebagainya.
- Malware: Direka dengan tujuan memasuki dan merosakkan sistem komputer, jaringan, atau server. Contohnya adalah virus.
“ADAKAH KOMPUTER BOLEH BEKERJA TANPA SOFTWARE?”
Sebenarnya komputer boleh saja berjalan tanpa sebarang perisian dipasang. Cuma ia mungkin akan menyebabkan kesalahan atau tidak mengeluarkan maklumat langsung. Kerana komputer memerlukan sistem operasi yang membolehkan pengguna dan software sendiri berinteraksi dengan hardware komputer.
“KOMPUTER TANPA HARDWARE PULA MACAM MANA”
Untuk komputer berfungsi dengan baik, sudah tentu ia memerlukan sekurang-kurangnya display, cakera keras, keyboard, memori, motherboard, pemproses, dan kad video. Cuma hardware tambahan seperti pemacu cakera, modem, kad rangkaian, printer, kad suara, atau speaker adalah tidak diperlukan, cukup sekadar memberi fungsi tambahan pada komputer.
Adakah perkongsian ini bermanfaat atau membantu untuk anda? Tekan butang Share dibawah!
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.
saya ingin
ye saya, boleh saya bantu?