Apa itu RAM? Apakah fungsinya? Adakah terdapat satu jenis RAM sahaja?
Random Access Memory (RAM) adalah salah satu komponen penting dalam komputer dan laptop anda. RAM berfungsi untuk menyimpan data ketika komputer digunakan. Maklumat yang tersimpan dalam memori jenis RAM ini akan hilang apabila bekalan kuasa ke PC atau laptop dimatikan.
Terdapat pelbagai jenis RAM yang digunakan dalam banyak peranti elektronik. Antaranya adalah DRAM, SDRAM, RDRAM, SRAM, EDORAM, FPM RAM, FLASH RAM, SDR RAM, DDR RAM dan GDDR RAM. Fungsi dari semua RAM ini sebenarnya sama sahaja, yang berbezanya cuma kemampuan, kecepatan dan kapasiti setiap jenis RAM.
Jom kita kaji satu per satu.
DRAM (Dynamic Random Access Memory)
Dynamic Random Access Memory (DRAM) adalah jenis RAM yang biasa digunakan untuk data atau kod program yang dijalankan oleh prosesor komputer. Ia membolehkan anda menyimpan setiap bit data dalam kapasitor yang berasingan pada litar bersepadu tertentu.
Sel simpanan DRAM bersifat dinamik, bermakna ia perlu di ‘refreshed’ dan diberi caj elektronik baru setiap beberapa milisaat. Kalau tidak, maklumat yang tersimpan berkemungkinan akan hilang.
Setiap bit data atau kod program DRAM biasanya diatur dalam konfigurasi sel penyimpanan persegi panjang yang terdiri daripada kapasitor dan transistor.
SDRAM (Synchronous Dynamic Random Access Memory)
Synchronous Dynamic Random Access Memory (SDRAM) merupakan salah satu jenis RAM yang memiliki kelajuan tertinggi diantara semua RAM. RAM jenis ini di synchronized dengan bus CPU dan mampu berjalan sekitar 100 MHz – 133 MHz.
Ia mempunyai masa akses antara 25 dan 10 ns (nanosecond), dan ia berada di modul DIMM (dual in-line memory module) 168 kenalan.
SDRAM menyimpan data melalui kapasitor yang menggunakan IC (Integrated Circuits). Salah satu sisinya mempunyai terminations, yang dapat dimasukkan ke dalam slot individu untuk memori motherboard. Slot yang sesuai iaitu DIMM/SDRAM dengan kapasiti mulai 16MB sampai 1GB.
RDRAM (Rambus Dynamic Random Access Memory)
Rambus Dynamic Random Access Memory atau adalah sejenis RAM yang dibuat oleh Rambus dan dapat transfer data dengan kecepatan hingga 133 MHz, manakala RDRAM yang standard dapat melakukannya lebih dari 1 GHz.
RDRAM biasanya digunakan untuk memori video pada graphic card accelerator, memori cache, dan memori sistem di stesen kerja serta server performance tinggi.
Cip pada RAM jenis ini berfungsi secara selari, yang membolehkan anda mencapai kadar data 800 MHz atau 1.600 Mbps. Namun ia menghasilkan lebih banyak haba kerana disebabkan beroperasi pada kelajuan tinggi.
SRAM (Static Random Access Memory)
Static Random Access Memory (SRAM) adalah sejenis memori semikonduktor yang menyimpan data menggunakan kaedah statik. Ini bermaksud data tidak perlu dikemas kini secara dinamik seperti dalam memori DRAM.
Dalam RAM ini, data disimpan menggunakan sel memori 6 transistor. RAM statik kebanyakannya digunakan sebagai memori cache untuk pemproses (CPU). SRAM lebih fokus pada penglaplikasian yang lebih kecil seperti memori cache di dalam CPU. Ia juga mampu mengimbangkan kelajuan prosesor pada 500MHz.
EDO RAM (Extended Data Output RAM)
Extended Data Output atau EDO RAM adalah sejenis RAM dimana proses membaca dari memori pada mikroprosesor sangat pantas, seperti Intel Pentium. RAM EDO pada mulanya dioptimumkan untuk Pentium 66 MHz..
Ia diperkenalkan pada tahun 1994 dan mula menggantikan fast-page-mode DRAM pada tahun 1995 ketika Intel pertama kali memperkenalkan chipset 430FX yang menyokong EDO DRAM.
Ia membiarkan kitaran baru dimulakan sambil mengekalkan buffer output data dari kitaran sebelumnya yang aktif, membenarkan tahap pipelining (overlap in performance) yang meningkatkan prestasi.
FPM DRAM (Fast Page Mode Dynamic Random Access Memory)
Fast Page Mode Dynamic Random Access Memory atau FPM DRAM adalah memori dinamik dengan fast-page-access yang memastikan performance lebih baik daripada DRAM konvensional.
Apa yang membezakannya dari generasi sebelumnya adalah sokongan alamat yang disingkat. Sekiranya sel yang diminta berada dalam baris yang sama dengan yang sebelumnya, alamatnya hanya akan ditentukan oleh nombor lajur dan nombor baris tidak diperlukan.
FPM DRAM adalah jenis DRAM yang standard digunakan dalam laptop/pc sebelum wujudnya bentuk-bentuk yang lebih baru. Page-mode DRAM pada dasarnya mengakses barisan RAM tanpa perlu reset semula barisan tersebut setiap masa.
FLASH MEMORY
Memori kilat atau sering disebut Flash memory merupakan cip memori jenis non-volatile yang digunakan untuk penyimpanan serta memindahkan data antara pc dan peranti digital.
Ini membuatkannya tidak mudah berubah, mempunyai masa akses yang sangat pantas dan ketahanan yang lebih tinggi terhadap kejutan kinetik berbanding dengan pemacu cakera keras.
Ia mempunyai kemampuan untuk diprogram ulang dan dihapus secara elektronik. Anda boleh jumpa flash memory ini dalam pemacu kilat USB, MP3 player, kamera digital dan solid-state-drives anda.
SDR SDRAM (Single Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory)
Single Data Rate Synchronous Dynamic Random Access Memory atau SDR SDRAM merupakan istilah yang diperluas untuk SDRAM (dua jenis RAM yang sama) tetapi sering disebut sebagai SDRAM saja. SDR atau Single Data Rate di sini menunjukkan bagaimana memori yang ini memproses instruksi satu membaca dan satu menulis per siklus jam.
Banyak lagi peranti lain yang menggunakan RAM jenis ini selain komputer, contohnya konsol video game.
DDR SDRAM (Double Data Rate Synchronous Dynamic Random-Access Memory)
Double Data Rate (SDRAM DDR) beroperasi seperti SDR SDRAM, cuma dua kali lebih pantas. Ia mampu memproses instruksi dua baca dan dua tulis per siklus jam.
DDR2 SDRAM = Bekerja lebih cepat karena dapat berjalan pada kecepatan clock yang lebih tinggi. Modul memori DDR2 standard adalah di atas 533 MHz. Konsumsi daya DDR2 SDRAM adalah 1,8 V).
DDR3 SDRAM = Peningkatan dari DDR2 SDRAM dengan signal pemprosesan yang berterusan, kapasiti memori yang lebih besar. Serta konsumsi daya yang lebih rendah (1,5 V), dan kecepatan clock standard yang lebih tinggi (hingga 800 Mhz).
DDR4 SDRAM = Signal pemprosesan yang lebih canggih dari DDR3 SDRAM, kapasiti memori yang lebih besar. Konsumsi daya nya juga lebih rendah (1,2 V), dan kecepatan clock standard yang lebih tinggi (hingga 1600 Mhz).
GDDR SDRAM (Graphics Double Data Rate Synchronous Dynamic Random-Access Memory)
Graphic DDR SDRAM adalah jenis DDR SDRAM yang direka khas untuk rendering grafik video atau unit pemrosesan grafik yang digunakan dalam video card.
GDDR mampu meminta dan menerima data pada siklus clock yang sama, sementara memori DDR tidak boleh. Ia menggunakan sedikit sahaja daya dan lebih mengeluarkan haba. Ini bermakna GDDR SDRM memberi performance yang tinggi dan baik dengan sistem pendinginan yang lebih sederhana.
Ini sahaja pengkongsian dari kami mengenai jenis-jenis RAM komputer/laptop. Semoga bermanfaat!
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.