Keyboard atau papan kekunci dianggap sebagai senjata utama dalam permainan video game. Tanpa keyboard, umpama anda pergi berperang tanpa senjata. Sebab tu pentingnya pemilihan keyboard gaming yang padu, barulah senjata pun padu.
Jom baca perkongsian saya mengenai 5 teknik memilih keyboard gaming yang ideal. Scroll sampai bawah tau!
#1 ABS Atau PBT?
Semua tahu bahawa kita bukan sahaja bermain game, tetapi emosi sekali. Apabila kita beremosi semasa bermain game, kita akan tercenderung untuk menekan keycaps dengan kasar dan kuat. Pemilihan keyboard yang tidak tahan lasak akan menyebabkan keyboard anda tidak tahan lama.
Tidak semestinya keyboard yang berharga tinggi itu lebih berkualiti daripada yang murah. Apa yang perlu dipertimbangkan dalam menilai kualiti keyboard adalah material yang digunakan dan struktur keyboard tersebut. Untuk keycaps standard yang biasa digunakan orang ramai adalah diperbuat daripada ABS, iaitu ‘Acrylonitrile Butadiene Styrene’. Keycaps plastik ABS biasanya kelihatan lebih berkilat dan tidak tahan lasak.
Jadi material apa yang bagus? Haa satu lagi adalah material PBT yang membawa maksud ‘Polybutylene Terephthalate’. Keycaps PBT adalah lebih tahan lasak berbanding dengan keycaps ABS. Bila tekan keycaps dia pun ‘smooth’ je, tidak sebising keycaps ABS. Sebab tu ramai orang menggunakan keycaps PBT untuk ‘gaming’. Harga dan jenama dia anda boleh survey kemudian.
#2 Saiz Keyboard
Saiz keyboard amat penting dalam memastikan tangan anda selesa dan mudah untuk bergerak. Terdapat tiga jenis saiz keyboard yang selalu digunakan orang ramai, iaitu 60% keyboard (68keys), TKL (87keys) dan full-sized keyboard (104keys).
Jika game yang dimainkan tidak menggunakan banyak keycaps, anda boleh pilih 60% keyboard ni. Tapi jarang orang menggunakan keyboard kecil ini, kerana ruang pergerakan tangan sangat terhad dan sempit. Keyboard bersaiz kecil ini biasanya digunakan oleh kanak-kanak kecil untuk bermain game di PC mereka.
TKL atau nama panjangnya Tenkeyless pula sama sahaja seperti keyboard yang biasa kita gunakan, cuma ia tidak mempunyai ‘numbering pad’. Keyboard seperti ini sangat berguna jika anda menginginkan ruang yang ‘extra’ untuk pergerakan mouse anda. Lebih-lebih lagi mereka yang sering mengalami masalah mouse berlaga dengan keyboard semasa game tengah sengit. Tak pasal-pasal kalah… Okay gurau je yee
Keyboard full-sized adalah keyboard yang biasa digunakan oleh orang ramai. Keyboard ini sangat sesuai jika anda juga ingin menggunakan PC untuk membuat kerja-kerja yang memerlukan ‘numbering pad’.
#3 Backlit Keyboard
Untuk ‘gamers’ yang kerap bermain game hingga ke lewat malam, anda pasti memerlukan keyboard yang mempunyai backlight atau cahaya latar. Lebih-lebih lagi jika anda biasa bermain game dalam keadaan yang gelap. Cahaya latar ini yang akan membantu anda untuk mengenalpasti butang-butang pada keyboard didalam gelap.
Sesetengah keyboard memerlukan perisian tertentu untuk mengawal keterangan cahaya, warna cahaya dan sebagainya. Ada juga keyboard yang tidak memerlukan apa-apa perisian untuk mengaktifkan backlight, malah anda hanya perlu menukar setting pada keyboard dengan menekan butang tertentu.
#4 Jenis Reka Bentuk Keyboard
Cakap pasal reka bentuk, sebenarnya ini terpulang pada citarasa anda sebagai pengguna. Zaman moden ni macam-macam jenis reka bentuk keyboard ada. Antaranya ialah keyboard klockenberg, mekanikal, maltorn dan banyak lagi.
Keyboard klockeberg merupakan keyboard yang direka dengan memisahkan keyboard kepada dua bahagian kiri dan kanan. Fungsi utama keyboard klockenberg ini adalah untuk mengurangkan beban pada otot anda semasa bermain game. Tujuan reka bentuk keyboard maltorn pula adalah untuk memastikan jari-jemari anda berada dalam posisi yang selesa. Sebab itu keyboard maltorn menyusun butangnya dengan cara cekung ke dalam, berbeza daripada keyboard yang lain.
Akhir sekali ialah keyboard mekanikal, iaitu keyboard yang biasa digunakan oleh ramai orang dalam dunia ‘gaming’. Apa yang membezakan keyboard mekanikal dengan keyboard standard untuk kerja adalah ia lebih tahan lasak dan proses ketikannya yang laju.
#5 Harga dan Waranti
Selain perkara-perkara diatas, harga keyboard juga perlu dipertimbangkan sebelum membuat pembelian keyboard.
Anda boleh membuat perbandingan harga keyboard serta tempoh waranti yang ditawarkan dari pelbagai kedai. Biasanya tempoh waranti untuk keyboard adalah satu tahun sahaja, bergantung pada polisi sesebuah jenama tersebut. Yang ini anda boleh cari sendiri di Google atau bertanya terus di kedai tersebut. Sebaiknya pilihlah keyboard yang mempunyai waranti supaya perlindungan keyboard terjamin.
Berikut sahaja perkongsian daripada saya mengenai cara pembelian keyboard gaming. Ada yang nak kongsi lebih tips atau pengalaman? Comment je dekat bawah ni, kita kongsi-kongsi ilmu biar berguna buat semua 🙂
Jadi, dah tahu nak beli keyboard gaming yang mana satu?
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.