TOPIX TECHNOLOGY

Tanda-tanda Skrin Laptop Anda Ada Masalah

Ramai orang datang ke Topix Technology atas sebab masalah yang sama, iaitu skrin laptop rosak. Dari situ saya yakin pasti ramai lagi diluar sana yang menghadapi masalah seperti ini, bukan?

Pada mereka yang belum tahu bagaimana rupa skrin laptop yang sudah rosak, sini saya nak kongsi tanda-tanda skrin laptop anda mula rosak supaya anda boleh membaiki dengan cepat.

RETAKAN PADA SKRIN

Skrin laptop yang retak kelihatan seperti garisan pecahan dan rekahan pada skrin. Retakan yang teruk akan mengundang kepada masalah lain seperti skrin berjalur, tidak bernyala dan ‘glitch’.

Skrin laptop retak (Sumber: Pinterest)

Punca masalah skrin laptop retak adalah lebih mudah untuk dikesan berbanding dengan yang lain. Ini kerana masalah ini biasanya berpunca daripada luar. Misalnya seperti laptop terjatuh, menutup laptop terlalu kasar, laptop tertindih, atau pun barang tercampak pada skrin laptop sehingga menyebabkan ia retak.

Menutup laptop secara kasar boleh merisikokan skrin untuk terhentak kuat pada keyboard dan menyebabkan ia retak. Oleh itu, gunakanlah laptop anda dengan cermat serta letakkannya di tempat yang tinggi supaya tidak mudah dilanggar dan terjatuh. Ganti skrin ni bukan murah tauuu.

SKRIN BERGARIS

Garis-garis halus pada skrin laptop ini boleh muncul dengan dua cara iaitu secara mendatar dan menegak. Ada juga yang berwarna-warni sehingga mengganggu penglihatan anda untuk membuat kerja di laptop.

Skrin laptop bergaris (Sumber: PNGitem)

Masalah ini biasanya berpunca daripada tumpahan cecair pada laptop yang menyebabkan graphic card atau komponen di dalam laptop terganggu. Sebenarnya laptop dapat diselamatkan sekiranya anda bertindak pantas untuk mengeringkan laptop yang terkena air.

Namun, bagi yang gagal bertindak sedemikian dan skrin sudah mula terganggu, anda disarankan untuk menukar graphic card yang baru dan hantar laptop kepada pakar untuk dibaiki.

CAHAYA SKRIN MALAP
Cahaya skrin malap (Sumber: Disc Depot Dundee)

Masalah ini dapat dikenalpasti apabila pencahayaan laptop sudah dinaikkan pada tahap maksima tetapi cahaya skrin laptop masih malap. Ada yang pada mulanya cerah dan kemudian makin malap, ada juga yang hanya malap di bahagian-bahagian yang tertentu sahaja. Itu tandanya skrin laptop anda sudah rosak.

Masalah ini selalunya terjadi disebabkan laptop yang terlalu uzur. Apabila laptop sudah terlalu lama dan tidak di upgrade, performace laptop akan merosot. Skrin laptop malap merupakan salah satu kesan daripada performance laptop merosot.

SKRIN BERTOMPOK HITAM

Cara kejadian tompok hitam pada skrin laptop ini umpama lebam di tangan. Apabila ditekan terlalu kuat dan lama, bahagian yang ditekan tersebut akan menjadi lebam. Begitu juga skrin laptop yang ditekan oleh barang asing ketika anda menutup laptop.

Masalah ini terjadi apabila anda menutup laptop tanpa memeriksa jika ada barang di atas keyboard terlebih dahulu. Apabila anda memaksa laptop untuk tertutup rapat walaupun ada sesuatu yang tersepit di celahnya akan menyebabkan skrin ditekan oleh barang tersebut dan dinaiki tompok hitam.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

4 thoughts on “Tanda-tanda Skrin Laptop Anda Ada Masalah”

      1. ZAFIRAH BINTI KASIM .

        Saya punya skrin ada satu garis melintang putus-putus, halus je. Laptop masih berfungsi, cuma agak meganggu klau guna microsoft words. Adakah ini disebabkan masalah skrin juga. Kalau repair rm brapa yer?

        1. hi. cik zafirah stay kat area mana ya? jika berdekatan, boleh datang bawa laptop ke kedai kami di subang perdana atau puncak alam? ataupun minta tinggalkan no.tel nanti team kami akan hubungi cik dengan kadar segera

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?