TOPIX TECHNOLOGY

Hinge laptop boleh patah ke? Kenapa?

Hinge laptop, ramai yang kurang familiar dengan perkataan ni. Apa hinge ni sebenarnya?

Buat kepada yang tak tahu, hinge atau engsel ialah besi yang memegang dua bahagian laptop iaitu, bahagian skrin dan bahagian papan kekunci.

Hinge laptop (Sumber: Quora)

Kebiasaannya, hinge terletak di sisi laptop dan ditutup dengan penutup plastik bagi tidak menampakkan besi tersebut atau mengelakkannya daripada diusik.

Hinge memainkan peranan yang penting bagi sesuatu laptop kerana jika tiada hinge, maka dua bahagian tersebut tidak boleh dicantumkan bersama.

Tidak semua orang sedar mengenai bagaimana hinge boleh rosak dan apakah tanda-tanda menunjukkan bahawa ia telah rosak atau patah.

Jika tapak sebagai pengikat hinge yang terletak di casing sudah longgar atau patah, itu menunjukkan bahawa hinge telahpun rosak.

Antara penyebab kepada engsel di sesuatu laptop rosak adalah:
  • Material yang digunakan tidak berkualiti

Apabila engsel yang digunakan dalam pemasangan laptop adalah diperbuat daripada material yang tidak berkualiti, maka engsel tak dapat menanggung beban dan geseran daripada gerakan laptop.

  • Membiarkan laptop tertutup atau terbuka dalam jangka masa yang lama.

Engsel yang diperbuat besi, sudah pastinya mempunyai bahan yang boleh menyebabkan hakisan jika dibiar dalam satu keadaan yang sama pada jangka masa yang lama. Membiarkan ia terbuka atau tertutup dengan lama juga boleh menyebabkan engsel laptop rosak atau patah.

  • Laptop jatuh

Laptop yang dijatuhkan sama ada secara sengaja ataupun tidak sengaja juga boleh menyebabkan engsel mengalami kerosakan dan patah.

  • Menutup laptop hanya pada satu sudut

Cara paling betul untuk membuka laptop adalah dengan memegang kedua dua belah sudut hadapan laptop atau dengan memegang di tengah tengah walaupun hanya menggunakan satu tangan. Anda perlu menggunakan kaedah yang betul agar engsel laptop tetap dalam keadaan yang baik.

  • Mengangkat laptop hanya menggunakan skrin

Jika anda ingin mengubah kedudukan laptop, anda seharusnya memegang di bahagian tapak laptop dan JANGAN sesekali mengangkat laptop dengan hanya menggunakan skrin kerana ia boleh mengakibatkan masalah serius kepada laptop anda.

Langkah-langkah yang mesti diambil adalah:

  •  Sediakan alat yang diperlukan untuk membuka bahagian bahagian laptop.
  •  Cabut bateri laptop kemudian buka semua skru pada body laptop.
  • Buka sarung laptop.
  • Membuka kabel papan kekunci dan pad sentuh yang tertanam di papan utama laptop.
  • Buka papan induk utama.
  • Buka bolt pada engsel komputer riba menggunakan pemutar skru (+).
  • Kemudian tampalkan pemegang bolt yang pecah pada hinge
  • Tunggu hingga kering dan uji.

Berikut adalah perkongsian kami mengenai hinge laptop yang kami boleh kongsikan sekarang. Sekiranya anda mendapati artikel ini bermanfaat, jom kongsikan dengan rakan-rakan anda di media sosial!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?