TOPIX TECHNOLOGY

Software Bug: Kisahnya Yang Ramai Tak Tahu

Perkataan bug komputer atau software bug seringkali disebut dalam bidang IT namun,apakah kisah latar belakang bug ini? Walaupun sering digunakan tatkala kemunculan komputer dan perisian, namun terma bug ini telah digunakan sejak sekian lama lagi.

Apa itu software bug?

Software bug ialah bentuk kesalahan error terdapat di dalam peranti elektronik seperti telefon pintar,laptop dan PC. Bug seringkali terjadi akibat kesalahan kod program, kesamaan pengguna, atau reka bentuk perisian. Ia juga merupakan suatu kesalahan yang terdapat pada software atau hardware.

Kebiasaannya, mana-mana peranti elektronik yang mempunyai masalah bug, programmer akan melakukan debugging. Debugging merupakan tindakan untuk memperbaiki software bug.

Bug. (Sumber: Google)

Asal-usul bug

Mesti ramai yang tertanya-tanya, dari mana datangnya bug ni, kan? Bug yang berada di komputer merupakan bug sebenar dan buat pertama kalinya di dunia, ia telah direkodkan oleh sepasukan saintis dan jurutera komputer.

Thomas Edison menceritakan bug dalam rekaannya pada awal tahun 1800-an dan ini adalah bug pertama yang dikenal pasti. Kini, software bug boleh mempengaruhi fungsi, keselamatan sistem operasi komputer.

Software bug komputer pertama di dunia (Sumber: Global App Testing)

Perkataan ‘bugge’ digunakan untuk menerangkan terma raksasa. Ini adalah bukan jenis raksasa yang menyorok di bawah katil anda, tetapi raksasa software bug yang sudah pastinya menjadi mimpi buruk bagi mana-mana software developer di luar sana.

Pasukan di Universiti Harvard di Cambridge, Massachusetts, mendapati bahawa komputer mereka, Harvard Mark II, kerap melakukan kesalahan dan ketika membaiki, terdapat seekor bug dekat dalam komputer dan bug tu yang menjadi punca komputer rosak.

Harvard Mark II (Sumber: They Made It)

Macam mana boleh ada bug dalam komputer?

Kisahnya bermula apabila pasukan tersebut termasuklah perintis saintis komputer dan juga bekas Tentera Laut U.S Grace Hopper bertugas hingga lewat malam.

Salah seorang ahli tersebut telah membiarkan tingkap bilik tersebut terbuka, ditambah dengan cahaya lampu yang menerangi bilik dan haba yang dihasilkan oleh kalkulator di komputer tersebut mencukupi untuk menarik perhatian bug tersebut dan menamatkan riwayat hidupnya disitu.

Software Bug pertama direkodkan. (Sumber: Twitter)

Walaupun bukan beliau yang menciptakan terma bug tersebut, namun Hopper adalah manusia pertama yang merekodkan kewujudan bug di komputer.

Adalah penting untuk membuat pemeriksaan komputer dan laptop secara berkala dan perlu dibaiki jika terdapat masalah lazim yang kerap dihadapi seperti kemunculan bug di dalam komputer atau mana mana peranti elektronik.

Berikut ialah sejarah asal-usul bug yang dapat diceritakan buat masa sekarang. Sekiranya anda mendapati artikel ini bermanfaat, jom berkongsi dengan rakan-rakan anda di media sosial!

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?