TOPIX TECHNOLOGY

Mitos Tentang Teknologi Yang Ramai Orang Percaya

Banyak kaedah turun-temurun, mitos dan informasi palsu mengenai teknologi yang ramai pengguna masih amalkan sehingga hari ini. Antara sumber teknologi yang sering disalah faham oleh pengguna adalah laptop, telefon dan komputer.

Berikut merupakan mitos-mitos yang masih ramai orang percaya dan amalkan hingga sekarang.

1. Lebih Banyak Bar, Lebih Lancar

google

Bar penuh tapi suara masih tak jelas”

Pernah tak anda menghadapi situasi dimana panggilan telefon anda terganggu walaupun isyarat bar pada telefon anda penuh? Ini bermakna lebi h banyak bar atau kurang bar yang dipaparkan pada telefon anda tidak bermaksud prestasi isyarat anda laju.

Kelebihan atau kekurangan bar pada telefon anda hanya menandakan kekuatan hubungan dan jarak antara telefon anda dengan menara sel. Sebab itu wujudnya kejadian bar di telefon penuh, tapi rangkaian masih terganggu. Ini disebabkan oleh rangkaian pembekal telekomunikasi yang anda gunakan.

Apabila anda berada di suatu kawasan yang ramai berusaha untuk menggunakan rangkaian pada masa yang sama, anda mungkin akan mengalami masalah kesesakan rangkaian.

2. “Jangan Cas Selagi Belum 0%

google

Ini salah satu mitos teknologi yang cukup terkenal dikalangan pengguna.

Kebanyakan bateri di laptop masa kini menggunakan teknologi ‘lithium-ion’ dimana bateri laptop jenis ini memiliki ketahanan yang lebih baik berbanding dengan bateri dari ‘nikel-kadmium’.

Sebenarnya lebih disarankan untuk meninggalkan bateri dalam laptop sekurang-kurangnya 40-80%. Ini bagi mengelakkan anda kehilangan file yang belum sempat ‘save’ serta mempercepatkan tempoh pengecasan laptop anda.

3. Poket Seluar Punca Handphone Melengkung

google

Ramai yang berfikiran bahawa dengan menyimpan handphone dalam poket belakang akan menyebabkan handphone melengkung. Betul ke?

Sedangkan jika kepak menggunakan tangan pun sukar untuk ia membengkok, apatah lagi setakat disimpan didalam poket fabrik. Mitos seperti ini direka hanya untuk mengelakkan orang ramai daripada meletakkan handphone di dalam poket belakang. Perkara ini boleh menyebabkan kerosakan yang berpunca daripada terduduk, tertindih, terpukul dan sebagainya.

Fabrik poket seluar sangat lembut dan ‘stretch-able’, jadi mustahil untuk handphone anda melengkung.

4. Rendam Telefon Atau Laptop Basah Dalam Beras

google

Kepercayaan turun temurun ini paling banyak digunakan oleh orang ramai hingga ke hari ini. Asal tertumpah air je terus letak laptop atau handphone dalam beras. Benar, beras sangat berkesan untuk menyerap air dari laptop, tapi ia bukanlah sesuatu perkara yang anda patut lakukan jika laptop anda terkena air.

“Kalau bagus kenapa tak boleh?”

Apa yang ada dalam beras? Betul tu, ada kutu beras! Anda semestinya tidak mahu kutu ini memasuki laptop anda lalu merosakkan litar pada motherboard laptop. Sebaiknya anda lap dan keringkan sendiri setiap komponen yang basah pada laptop dengan cermat menggunakan kain.

Ini dia 4 mitos mengenai laptop yang sering kita dengar dalam perbualan khalayak umum.

Adakah anda juga pernah mempercayai 4 mitos diatas? Selepas ini anda boleh dapatkan ‘confirmation’ dari sumber lain terlebih dahulu sebelum mempercayai sesuatu informasi.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?