TOPIX TECHNOLOGY

Tips Untuk Custom PC Gaming Yang Terunggul

Apakah step pertama untuk custom pc?

Spesifikasi apakah yang sesuai?

Berapa banyak wang yang harus dikeluarkan?

Banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran anda kan? Jangan risau, asalkan anda sudah tahu tujuan anda custom PC sendiri. Ini sudah dianggap sebagai permulaan yang baik. Kerana keperluannya akan berbeza mengikut kegunaan PC anda. Sama ada untuk kerja-kerja editing, pejabat, atau pun gaming.

Jika anda bercadang untuk custom PC gaming, ini tips yang anda boleh guna!

1. Berapa Bajet Anda?

Untuk custom PC gaming biasanya lebih mahal sedikit daripada kegunaan yang lain. Ini kerana ia memerlukan komponen dan spesifikasi yang tinggi. Berbeza dengan kegunaan kerja-kerja pejabat dan basic editing. Jadi untuk custom pc gaming anda perlu mengorbankan sedikit wang untuk menjamin performance gaming yang ‘padu’. Lagi tinggi bajet, lagi tinggi kualiti yang anda boleh dapat.

(Sumber: iStock)

Sekiranya anda berbajet yang rendah, anda boleh membeli komponen secara berasingan daripada penjual yang berlainan. Jadi nanti anda hanya perlu hantar untuk dipasang sahaja. Kerana kadang-kadang harga komponen PC berbeza bergantung pada penjual. Sebaiknya anda survey dahulu harga komponen seperti prosesor, motherboard, PSU dan sebagainya.

Berikut adalah anggaran harga semasa di pasaran untuk PC (PC tower sahaja) bagi setiap kegunaan:

  • Pejabat – Minimum RM1,000
  • Gaming – Minimum RM1,700
  • Gaming/streaming/editing – Minimum RM2,500

Sebaiknya anda tidak membeli PC tower yang berharga lebih rendah daripada ini kerana bimbang kualitinya tidak memuaskan.

2. Prosesor INTEL Atau AMD?
CPU Intel dan AMD (Sumber: eTeknix)

PC gaming memerlukan prosesor yang berpesifikasi agak tinggi untuk mendapatkan performance yang ‘gempak’ sewaktu bermain game. Jadi pastikan anda sudah kaji mengenai jenis prosesor mana yang sesuai dengan kegunaan anda. Terdapat dua jenis prosesor yang terkenal dalam aktiviti gaming, iaitu prosesor Intel dan prosesor AMD.

Yang mana satu lebih bagus?

Kedua-dua prosesor ini memiliki kelebihan dan kekurangan yang tersendiri, sama ada dari segi performance, harga, ketahanan dan kualiti. Sebelum wujudnya Intel Sandy Bridge, AMD Athlon XP 2500 sangat terkenal dikalangan para gamer.

Ini menyebabkan Intel kurang menjadi pilihan ramai pada waktu itu. Harga prosesor AMD yang lebih murah dari Intel juga membuatkan ramai lebih memilih AMD berbanding dengan Intel.

Tapi sekarang kedua-duanya boleh dianggap mempunyai kualiti dan performance yang sama. Cuma ia masih mempunyai kekurangan dan kelebihan masing-masing, seperti:

INTEL
KelebihanKekurangan
Pengawalan suhu yang baikHarga lebih mahal dari AMD
Lebih terkena dan mudah didapatiKualiti grafis yang tidak memuaskan
Tidak bising semasa digunakanBersatu dengan motherboard.
Jika prosesor rosak, anda terpaksa menukar motherboard
sekali menyebabkan kos baiki makin mahal
Kelebihan dan kekurangan prosesor Intel
AMD
KelebihanKekurangan
Harga lebih mampu milikCepat panas apabila digunakan
Mudah detect virusTIdak dikenali ramai
Kualiti grafis yang tinggiKurang bagus dalam kerja rendering
Kelebihan dan kekurangan prosesor AMD

Sekarang AMD dan Intel menawarkan lebih banyak pilihan CPU pada tahap harga yang pelbagai untuk pengguna. Intel mempunyai sejarah pembuatan CPU berprestasi terbaik di pasaran seperti Intel Core i7-8700K.

Baru-baru ini juga AMD telah melancarkan platform Ryzen baru mereka, yang menawarkan CPU berprestasi tinggi dengan bajet yang rendah.

3. Ketahanan Motherboard

Motherboard menempatkan komponen-komponen penting dari PC anda seperti graphic card, prosesor, dan setiap komponen lain yang diperlukan komputer untuk berfungsi. Sekiranya motherboard anda rosak, PC juga akan gagal berfungsi dengan baik.

Motherboard (Sumber: Softpedia News)

Aktiviti gaming biasanya memakan masa yang lama, jadi komponen dalam pc anda akan bekerja lebih keras. Sebab itu pentingnya untuk anda memilih motherboard yang mampu menyokong penggunaan maksimum anda. Antara perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli motherboard adalah soket prosesor, slot RAM.

Contohnya jika anda menggunakan processor Intel, pilihlah motherboard yang mempunyai soket prosesor Intel. Ini kerana soket Intel berbeza dengan AMD. Bagi jenis RAM pula, setiap motherboard mempunyai slot RAM yang berbeza-beza. Ada yang boleh guna sehingga 4 keping RAM. Jadi pilihlah motherboard yang mempunyai slot untuk RAm anda iaitu DDR3 atau DDR4.

4. Graphic/Video Card (GPU)

Graphic card berfungsi menguruskan grafik PC anda. Tanpa graphic card, grafik Windows dan Game anda akan tidak menarik. Ia lebih kurang seperti RAM dan dipanggil Virtual RAM (VRAM) kerana mempunyai kapasiti rawak seperti 2GB dan jenis DDR5.

Sebaiknya anda memilih GPU yang sesuai dengan kegunaan anda. Contohnya GPU 2GB VRAM jika skrin monitor anda besar, 2GB VRAM untuk penggunaan grafik yang rendah, dan 4GB VRAM untuk high graphic.

GPU NVIDIA RTX 2080 & AMD Radeon (Sumber: SaladChefs)

Kedua-dua Nvidia dan AMD menyediakan pilihan graphic card yang hebat. Jika anda keliru, anda boleh membaca review dari pengguna lain mengenai graphic card tersebut dahulu sebelum beli.

Ini dapat bantu mengelakkan kekeliruan dan memastikan anda membeli kad grafik yang mampu ‘run’ pelbagai jenis game yang anda ingin main. Nvidia GeForce GTX 1050 Ti adalah pilihan yang terbaik jika anda mempunyai ingin berjimat.

5. Storage (ROM)
SSD dan HDD (Sumber: OK COMPUTER SOLUTION)

Read-Only Memory (ROM) berfungsi untuk menyimpan dan menulis data. Terdapat dua jenis storage iaitu Solid State Drive (SSD) dan Hard Disk Drive (HDD).

Sebelum ini kami ada menulis berkenaan perbezaan SSD dan HDD, klik link sebelah untuk baca lanjut > SSD vs HDD

Kalau nak buat perbandingan, SSD jauh lebih pantas dan menawarkan prestasi yang jauh lebih baik dalam gaming, terutamanya dari segi loading.

HDD, sebaliknya, mempunyai jangka hayat yang lebih lama dan lebih menjimatkan kos sebagai penyelesaian penyimpanan jumlah tinggi.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

4 thoughts on “Tips Untuk Custom PC Gaming Yang Terunggul”

  1. MOHD AZMAN B. AINAL

    Sy plan nk buat Pc utk gaming low budget, sy x der pengalamn pn dlm custom pc ni.Sy mmg x tahu nk start dr mne dlu..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?