Power adapter atau dikenali sebagai charger laptop merupakan aksesori yang paling penting bagi sesebuah laptop. Kalau adapter rosak dan tidak boleh digunakan lagi, apalah erti sebuah laptop jika ia tidak dapat dihidupkan atau digunakan.
Lebih baik buang sahaja laptop jika adapter telah rosak….
Jangan!!!!
Jom jadi pengguna yang bijak dan mari kenali 5 punca power adapter boleh rosak :
Tempat tidak sesuai.
Jangan letakkan charger di tempat yang tidak sesuai seperti tempat mempunyai permukaan yang tidak rata dan juga tempat yang berhampiran dengan air apabila laptop sedang disambung kepada plug kerana boleh mengakibatkan renjatan eletrik.
Overcharging
Tidak mencabut charger setiap kali bateri laptop sudah penuh boleh mengakibatkan charger overheating dan rosak.
Tidak menutup plug apabila selesai caj laptop.
Ini kerana bekalan kuasa masih berjalan sehingga boleh menyebabkannya rosak dengan mudah di samping memakan tenaga elektrik yang banyak.
Meletakkan charger pada suhu yang tinggi.
Meninggalkan charger di dalam kenderaan yang telah berjemur di bawah matahari untuk masa yang lama.
Wayar charger koyak.
Anda patut tahu bahawa charger anda telah pun sepenuhnya rosak jika ia berlaku.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop, dan PC ? Masukkan nama dan email anda dibawah. Jangan lupa untuk share dengan kawan kawan anda!