TOPIX TECHNOLOGY

Processor i3 vs. i5: Mari ketahui apakah perbezaannya

Processor atau pemproses ialah komponen utama yang berada didalam suatu komputer, laptop dan telefon pintar. Sebab utama kenapa processor dikategorikan sebagai komponen utama adalah kerana tanpa processor, tak berfungsi lah suatu peranti elektronik tersebut.

Processor diletakkan disoket yang berada di motherboard dan processor yang sedia ada boleh diganti dengan processor yang lain jika ianya sepadan dengan soket di mother board.

Processor dikeluarkan daripada pelbagai jenama, jenis, tahap ketahanan dan bentuk yang berbeza berdasarkan mengikut kepada bentuk soket dan compatibility untuk suatu laptop atau PC.

Core i3 dan i5, kedua-dua nya masih galak digunakan oleh hampir semua pengguna laptop dan PC. Perbezaan yang paling ketara diantara keduanya ialah, Core i3 ini digunakan untuk sistem yang kurang canggih dan i5 pula untuk sistem sederhana canggih. Sudah pastinya, apa bila semakin kurang canggih processor, semakin rendah harganya.

Dalam banyak-banyak jenama pemproses, artikel pada kali ini, saya akan terangkan mengenai pemproses Intel Core yang kini mempunyai pelbagai jenis seperti i3, i5, dan i7 yang dikategorikan mengikut generasinya. (Baca Juga: INTEL VS AMD, Prosesor Mana Lebih Bagus?)

Pemproses Intel Core yang bermula dari i3 generasi pertama sehingga pemproses i7 generasi kesembilan

Kedua-dua Core i3 dan Core i5 adalah berdasarkan kepada mikroheritektur Nehalem, yang termasuk pengawal memori DDR3 bersepadu serta QuickPath Interconnect atau PCI Express. Bus Front Side yang digunakan dalam semua pemproses teras terdahulu telah digantikan dengan Interface Media Langsung.

i3 i5
7 Januari 2010Tarikh Pelancaran8 September 2009
Rendah AkhirKedudukanTahap pertengahan (antara arus perdana i3 dan Core 2, dan Xeon dan i7 mewah)  
Pemproses teras i3 tidak menyokong “Turbo Boost”Turbo BoostProsesor i5 teras menyokong overclocking dinamik CPU (Turbo Boost) untuk meningkatkan prestasi.
Semua model Core i3 mempunyai GPU bersepaduGPU bersepadu (pemproses grafik)Pemproses Core i5-6xx mempunyai GPU bersepadu; yang lain tidak.
2.933 GHz hingga 3.2 GHz.Kadar jam CPU2.4 GHz hingga 3.33 GHz; Maks. Kadar jam CPU 3.6 GHz Overclocked sehingga 4.5 Ghz

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?