TOPIX TECHNOLOGY

Rekomendasi Laptop Gaming Di Malaysia 2021

Sama ada anda seorang gamer profesional atau tidak, anda tahu bahawa mempunyai rig yang betul akan meningkatkan prestasi gaming anda. Jadi jom kita jadikan pengalaman gaming anda lebih ‘padu’ dengan laptop gaming yang terbaik di Malaysia!

Selepas membuat kajian ke atas spesifikasi dan review dari pengguna, inilah 10 model laptop gaming yang banyak digunakan di Malaysia sehingga tahun 2021:

Razer Blade 15

Laptop gaming Razer Blade 15 merupakan laptop gaming teratas oleh Tech Radar dan yang terkecil di dunia oleh Razer.

Spesifikasinya yang mempunyai prosesor Intel Core i7 Gen 10th-Core, NVIDIA GeForce RTX SUPER untuk grafik 25% lebih pantas dan paparan FHD matte dengan 300Hz kadar penyegaran menjadikannya laptop gaming paling hebat dan berprestasi tinggi yang anda boleh dapat di pasaran.

Lebih-lebih lagi, paparan OLED 4K yang jernih menampilkan 100% ruang warna DCIP-3. Anda kini boleh bermain game kegemaran anda dengan lebih mengasyikkan! Tidak ketinggalan ultra-thin base yang hanya 0.7 inci dan monitor 15.6 inci tanpa bezel.

Kelebihan Razer Blade 15
  • Binaan logam terbaik
  • GeForce RTX 2080 Super Max-Q dapat memainkan game AAA pada 60fps-plus
  • 1TB SSD seperti yang dikonfigurasikan
  • Hayat bateri padat untuk laptop ‘gaming
  • Merangkumi dua port USB Type-C dan tiga port USB 3.1 Type-A
  • Mempunyai sambungan HDMI dan pembaca kad SD

Dell Alienware M15

Laptop Dell Alienware M15 (Sumber: Fudzilla)

Dell Alienware M15 merupakan pesaing utama laptop gaming Razer Blade. Ia dilengkapi dengan Intel Core i7 Generasi ke-10 serta DDR4 16GB dan 1TB PCIe M.2 SSD untuk penyimpanan dan kelajuan tambahan.

Dengan layar 15.6″ FHD IPS dengan kadar penyegaran 144Hz, anda boleh mendapatkan paparan yang menakjubkan serta membuat live streaming dengan kamera dan mikrofon Alienware FHD.

Menarik kan?

Laptop gaming ini mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce RTX, dimana menjadi tumpuan mereka yang mengidamkan prestasi laptop gaming yang hebat.

Kelebihan Dell Alienware M15
  • 6-teras Generasi ke-10 Intel Core i7
  • 15.6″ Skrin FHD IPS
  • NVIDIA GeForce RTX
  • Sokongan premium 1 tahun
  • Beg galas Alienware percuma

Asus ROG Strix G17

Laptop Asus ROG Strix G17 (Sumber: Laptop Mag)

Untuk sebuah laptop gaming kelas atas yang biasanya berharga mahal, Asus ROG Strix G17 adalah salah satu laptop terbaik yang mempunyai label harga mampu milik.

Paparan 240Hz / 3ms dengan pantas dapat memberi anda pengalaman FPS yang sebenar. Sementara itu, dengan Intel Core i7 ke-10 dan GeForce RTX 2070 anda dapat bermain game dengan sangat lancar dan laju!

ROG’s Intelligent Cooling menggunakan teknologi yang paling maju, termasuk logam cecair inovatif, untuk aliran udara yang lebih baik dan kipas yang lebih cekap.

Kelebihan Asus ROG Strix G17
  • Berpatutan untuk kualiti premium
  • Intel Core i7 ke-10 dan GeForce RTX 2070
  • Paparan 240Hz / 3ms
  • Penyejukan Pintar ROG
  • 2 + 1 ruang SSD
  • Kesambungan Wi-Fi 6

Asus TUF FA506I-IHN240T

Laptop Asus TUF FA506I-IHN240T (Sumber: NCS Sales and Services)

Asus TUF A15 adalah laptop gaming kelas menengah yang dapat berkinerja sangat baik dan berjaya mencapai keseimbangan antara prestasi dan nilainya. Laptop ini terkenal di kalangan banyak peminat dengan prestasi 1080p yang kuat, kualiti pembinaan yang padu, dan pilihan ‘ports’ yang banyak.

Anda dapat menikmati gambar yang terang dan cantik semasa bermain game dengan kad grafik AMD Ryzen 5 dan NVIDIA GTX1650. Ia mempunyai skrin IPS 15,6 inci, dan juga mempunyai bezel ‘slim’ untuk permainan yang mengasyikkan.

Asus TUF A15 ini dapat menahan gegaran, getaran, dan kepanasan. Beratnya yang hanya 2.3 kg juga memudahkan anda untuk membawanya kemana-mana.

Kelebihan Asus TUF FA506I-IHN240T
  • Harga mampu milik
  • Ketahanan kelas-tentera
  • AMD Ryzen 5 dan NVIDIA GTX1650
  • Paparan langsing IPS 15.6 “
  • Tahan lasak
  • Ringan untuk dibawa

Acer Nitro 5 AN515-55-79CU

Laptop Acer Nitro 5 AN515-55-79CU (Sumber: Startech Store)

Jika anda mengutamakan kualiti visual yang tinggi semasa bermain game, laptop gaming Acer Nitro 5 AN515-55-79CU adalah yang terbaik untuk anda.

Anda juga boleh menaik taraf RAM 8GB sehingga ke 32GB dengan Intel Core i7-10750H dan 512GB PCIe NVMe SSD. Selain itu, ia mempunyai kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1660 yang canggih. Dengan paparan IPS Full HD 15.6 ″ 144Hz, anda dapat berpengalaman bermain game dengan gambar yang realistik.

Best tuuu!

Paling penting laptop ini dilengkapi dengan Jaminan Tempatan Acer 2 Tahun.

Kelebihan Asus TUF FA506I-IHN240T
  • Visual yang realistik
  • Intel Core i7-10750H
  • RAM yang boleh ditingkatkan dan SSD yang besar
  • NVIDIA GeForce GTX 1660
  • Paparan IPS FHD 15.6″ 144Hz
  • Papan kekunci RGB
  • Mempunyai Waranti Tempatan 2 Tahun Acer

MSI GF63 Thin Bezel Gaming

Laptop MSI GF63 Thin Bezel Gaming (Sumber: Amazon.com)

Keseluruhan idea di sebalik MSI GF63 Thin adalah menawarkan laptop gaming yang cukup tipis dan ringan untuk dibawa. Dengan berat hanya 1.86kg, GF63 mungkin adalah laptop gaming paling ringan yang anda dapat.

Ia juga dilengkapi dengan beg galas permainan udara jadi anda bersedia untuk membawa laptop keluar. Laptop ini berskrin paparan IPS dengan kadar penyegaran 144Hz dan resolusi FHD pada layar tanpa bezel 15,6 inci.

Dari segi prestasi CPU dan GPU, laptop ini dilengkapi GeForce® GTX1650Ti Max Q, GDDR6 4GB, Comet lake i7, 512GB NVMe PCIe SSD dan 8GB DDR. Yang best nya anda akan mendapat jaminan 2 tahun untuk gaming!

Kelebihan MSI GF63 Thin Bezel Gaming
  • Ringan dan mudah dibawa
  • Beg galas permainan udara
  • Paparan IPS 15.6″ FHD 144Hz
  • Prestasi CPU dan GPU yang baik
  • 512GB NVMe PCIe SSD
  • Waranti 2 tahun

HP Omen 15-DH1018TX

Laptop HP Omen 15-DH1018TX (Sumber: B&H)

HP Omen 15-DH1018TX ini sesuai bagi mereka yang turut mengutamakan reka bentuk yang cantik selain daripada prestasi grafik yang tinggi.

Prosesor Intel Core dan grafik NVIDIA GeForce, memberikan anda pengalaman gaming yang laju dan menakjubkan. Papan kekuncinya terdapat lampu latar serta teknologi rollover 26-kunci dan anti-ghosting.

HP Omen 15-DH1018TX mempunyai SDRAM 8GB DDR4-2933 dan PCIe NVMe M.2 SSD hingga 1 TB untuk penyimpanan. Paparan 15.6 FHD IPS nya mempunyai kadar penyegaran 144Hz dan anti-silau.

Kelebihan HP Omen 15-DH1018TX
  • Kurang panas semasa bermain
  • Hayat bateri yang panjang
  • Reka bentuk moden
  • Grafik mewah
  • CPU yang hebat
  • Memori besar dan storan SSD
  • Papan kekunci premium

Dell G7 7500

Laptop Dell G7 7500 (Sumber: NotebookCheck.net)

Dell G7 7500 adalah laptop gaming bergrafik tinggi yang mempunyai semua spesifikasi CPU, GPU, memori dan storan yang paling mengagumkan. Ini termasuk Intel Core i7 Gen-10 teras 6, 8GB DDR4, 512GB SSD dan grafik NVIDIA GeForce GTX.

Paparan FHD 15.6″ adalah lampu latar, sementara kamera HD RGB dan mikrofon dual akan memberi anda kualiti streaming yang menakjubkan. Papan kekunci RGB didatangi dengan pembaca cap jari.

Paling menarik anda akan mendapat sokongan ‘onsite’ premium selama 2 tahun!

Kelebihan Dell G7 7500
  • Grafik berkualiti tinggi
  • Paparan FHD 15.6”
  • Kamera dan mikrofon yang sangat baik
  • Pembaca cap jari
  • Sokongan onsite premium 2 tahun

Lenovo Y7000SE

Laptop Lenovo Y7000SE (Sumber: Shopee)

Lenovo Y7000SE adalah salah satu laptop gaming berprestasi tinggi yang paling berpatutan di Malaysia. Ia mempunyai prosesor Intel Core i5-9300H yang menyokong Windows 10.

Laptop ini berskrin paparan IPS FHD 15.6 inci dengan lampu latar LED dan anti silau untuk melindungi mata anda semasa bermain game. Memorinya yang berjumlah 256GB SSD dan 8GB mampu menampung penyimpanan dan permainan game yang berat.

Kelebihan Lenovo Y7000SE
  • Harga berpatutan
  • Prosesor Intel Core i5-9300H
  • Windows 10
  • Paparan IPS anti-silau 15.6”
  • 256GB SSD dan memori 8GB
  • Casis yang kukuh dan kuat
  • Prestasi gaming luar biasa

HP Pavilion 15-ec1036AX

Laptop HP Pavilion 15-ec1036AX Gaming Laptop (Sumber: NCS Sales and Services)

HP Pavilion 15-ec1036AX adalah pesaing utama laptop gaming Lenovo Y7000SE diatas. Kelebihan laptop ini ialah sistem penyejukannya yang cekap, prosesor AMD Ryzen 5, SSD 512GB dan sambungan tanpa wayar yang sangat baik untuk pemindahan fail yang laju.

Ia juga mempunyai kualiti visual dan audio yang gempak!

Papan kekuncinya berwarna hijau asid bersaiz penuh dengan bayangan kekunci hitam. Kalau anda mahu, HP akan menukar kunci hijau kepada warna putih dan laptop anda tidak akan begitu menonjol. Sekurang-kurangnya tidak sehingga anda mula bermain game dengannya.

Kelebihan HP Pavilion 15-ec1036AX
  • Sistem penyejukan yang cekap
  • Pemproses AMD Ryzen 5
  • SSD 512GB
  • Kesambungan tanpa wayar yang sangat baik
  • Kualiti visual dan audio yang baik

Adakah info ini bermanfaat untuk anda? Klik butang share dibawah!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?