TOPIX TECHNOLOGY

Punca-Punca Laptop Lembab Yang Anda Perlu Elak

Pernah tak laptop anda terlalu lembab sampai nak buka Google pun memakan masa yang lama? Ada yang tak boleh buka apa-apa langsung sebab skrin laptop dah ‘hang’.

Jom ketahui 5 perkara yang boleh menjadi punca laptop anda slow :

KIPAS LAPTOP ANDA BERHABUK

Kipas laptop yang berhabuk boleh menyebabkan laptop anda ‘overheat‘. Bila laptop terlalu panas, sistem dan komponen dalam laptop juga akan terganggu. Sebab itulah boleh berlaku masalah seperti laptop lembab, auto shutdown, bateri laptop kembung dan macam-macam lagi.

Servis kipas laptop (Sumber: Help Desk Geek)

“Apakah tanda-tanda kipas laptop sudah rosak?”

Anda biasanya akan dengar bunyi angin kipas yang kuat dari lubang airflow laptop anda. Kadang-kadang angin yang dikeluarkan dari laptop anda menjadi bahang dan lebih panas dari kebiasaannya. Itu tandanya kipas laptop anda sudah bermasalah.

Solusinya ialah dengan membawa laptop anda untuk dibaiki dan diservis oleh mana-mana pakar baiki laptop. Untuk pencegahan, anda boleh membeli ‘cooling pad’ untuk membantu mengekalkan suhu laptop semasa penggunaan.

FAIL YANG DISIMPAN TERLALU PENUH

Pakar IT menganggarkan performance laptop anda akan perlahan sebanyak 50% apabila hard drive atau memori anda mencapai 95% penuh. Sama juga seperti handphone apabila kad memori sudah penuh, gambar dan fail yang disimpan akan pindah ke phone dan bukan kad memori. Ini yang membuatkannya lembab kerana tidak mampu menampung jumlah fail yang digunakan.

Program, kemas kini aplikasi, muat turun Internet, dan fail sementara adalah pengguna utama ruang hard drive dan memori laptop anda. Lebih-lebih lagi jika anda membuat kerja-kerja reka bentuk, seni bina, atau kejuruteraan yang memerlukan fail besar.

Contoh fail yang terlalu penuh (Sumber: The Windows Club)

Desktop anda kelihatan seperti gambar diatas? Cepat bersihkan!

Mulakan dengan mengosongkan ‘Trash’ anda dahulu. Kemudian baru pindahkan atau hapuskan fail-fail yang tidak diperlukan lagi. Bantuan penyedia IT yang dipercayai dapat membantu anda menavigasi perubahan ini dengan selamat dan selamat.

Jika anda bercadang untuk ‘upgrade’ kepada RAM atau hard drive yang lebih besar, pastikan anda meminta bantuan daripada pakar untuk proses pemasangan.

LAPTOP TIDAK INSTALL ANTIVIRUS

Musuh utama program laptop adalah virus. Sekali laptop anda diserang virus, lebih mudah untuk ia menyerang semula pada masa akan datang. Sebab itu mempunyai program anti-virus yang aktif sangat penting dalam kebersihan komputer.

Perlindungan perisian anti-virus (Sumber: Dignited)

Serangan virus, ‘spyware’ dan ‘malware’ lain akan mengacaukan segalanya dari hijacked penyemak imbas anda hinggalah paparan iklan mengarut, atau pancingan data, hingga komputer anda hancur. Inilah yang membuat performance laptop anda lembab.

Jika laptop anda mempunyai perisian anti-virus, pergi ke tetapan dan konfigurasikan untuk mengimbas ketika anda tidak menggunakan laptop. Jadi proses ini tak adalah mengganggu waktu kerja anda serta laptop akan terlindung dari sebarang serangan virus.

BUKA BANYAK PROGRAM DALAM SATU MASA

“Anda sering membuat banyak kerja serentak?”

Kemampuan laptop anda untuk menjalankan banyak program dalam satu masa bergantung pada nilai RAM laptop. Nilai RAM yang banyak membolehkannya beralih dari memproses satu program ke program lain dengan lancar.

Namun jika anda membuka berpuluh-puluh tab penyemak imbas sehingga melebihi had RAM yang wajar, anda akan kehabisan ruang untuk memproses semua yang aktif, dan laptop mula menjadi perlahan.

Multi-tasking (Sumber: Nile Post)

Sampai satu masa, memori dan kelajuan pemprosesan laptop anda tidak akan mampu untuk beralih dari satu program ke program yang lain. Jadi cuba matikan atau hentikan program yang tidak digunakan secara aktif, dan kalau boleh anda tetap dengan satu tetingkap penyemak imbas sahaja.

“Ingin menyimpan tab atau pautan untuk bacaan masa depan?”

Anda boleh menggunakan Bookmark di Microsoft Edge, Firefox, Safari, atau Chrome untuk menyimpan tab yang anda mahu.

LAPTOP SUDAH TERLALU LAMA

Selagi namanya barangan elektronik, mesti akan berlaku kerosakan. Lebih-lebih lagi yang sudah lama dan tidak boleh di upgrade lagi. Biasanya jangka hayat laptop bertahan selama 2 hingga 4 tahun, bergantung pada cara penjagaan anda.

Tapi jaranglah laptop bertahan selama 5 tahun tanpa sebarang kerosakan. Jadi ini juga boleh menjadi punca performance laptop anda perlahan dan tidak selaju dulu.

Contoh laptop model lama (Sumber: Pinterest)

Kalau spesifikasi laptop anda masih boleh di upgrade kepada yang lebih tinggi, maka bawalah laptop untuk di tambahbaik. Kalau tidak, pakailah selagi boleh atau beli laptop yang baru sahaja.

Inginkan cadangan spesifikasi laptop baru yang terbaik? Anda boleh baca di sini.

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop, PC dan printer? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?