TOPIX TECHNOLOGY

SSD: Pengertian dan Kepentingannya

SSD atau juga dikenali sebagai Solid State Disk kini merupakan keperluan bagi komputer moden.

SSD (Sumber: Google)

Bagi mereka yang kurang jelas, SSD ialah teknologi storan yang lebih baru dan moden berbanding mechanical hard disk biasa yang digunakan pada majoriti komputer desktop dan laptop. Bezanya, SSD tiada “mechanical atau moving parts” dan kurang risiko mengalami kerosakan data berbanding hard disk.

ANTARA KEPENTINGAN PENGGUNAAN SSD BERBANDING HDD IALAH

  • Solid State Drive mempunyai kelajuan membaca dan menulis data (Read / Write Speed) sehingga 20 kali lebih laju berbanding hard disk biasa dalam laptop atau desktop PC.

Sebagai contoh, hard disk biasa mempunyai RW Speed 50-120 MB/s tetapi SSD moden mempunyai RW speed 500-550 MB/s. (Baca Juga: Perbezaan SSD dan HDD Yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Laptop)

  • Penggunaan Solid State Drive melajukan boot komputer anda kepada kurang daripada 10 saat
  • Majoriti pengguna SSD biasanya akan install OS seperti Windows atau Linux bagi menjadikan penggunaan harian lebih lancar dan responsif

Contohnya seperti start up, shut down, proses memindah fail, menggunakan browser,  scan antivirus dan sebagainya. Untuk mengoptimasikan penggunaan ruang Solid State Drive, adalah digalakkan untuk anda simpan fail-fail besar seperti di dalam Hard Disk biasa.

  • Bagi anda yang menggunakan perisian Adobe seperti Photoshop, Lightroom, Premiere dan sebagainya

Penggunaan Solid State Drive membuatkan perisian Adobe lebih responsif, laju dan boleh meningkatkan produktiviti.

  • Bagi gamers tegar

Penggunaan Solid State Drive melajukan proses loading dan mengurangkan stuttering ketika bermain game. Harus diingat, hardware lain seperti CPU dan GPU masih lagi memainkan peranan penting bagi kualiti visual dan performance gaming.

  • Model terkini Solid State Drive  mempunyai fungsi “DevSleep” iaitu lebih menjimatkan penggunaan bateri

Sangat berguna kepada komputer jenis Ultrabook dan laptop untuk bisnes di mana ketahanan bateri sangat penting.

  • Solid State Drive lebih senyap dan lebih sejuk berbanding Hard Disk biasa

Tiada lagi bunyi bising “spinning” hard disk dan kurang risiko hardware panas yang boleh membawa kepada overheat dan kerosakan hardware.

  • Dari segi fizikal, Solid State Drive lebih ringan berbanding hard disk

Sedikit mempengaruhi berat keseluruhan laptop atau desktop PC.

Jadi, sebelum anda membuat keputusan untuk membeli SSD atau HDD, anda perlulah membuat pilihan yang bijak bagi ketahanan laptop dan PC anda

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?