TOPIX TECHNOLOGY

Apa itu Fungsi dan Kepentingan Upgrade RAM

Setiap pengguna laptop pasti akan menghadapi masalah laptop slow,lembab dan sebagainya apabila sudah bertahun-tahun menggunakan laptop terutamanya yang bergelar designer, businessman termasuklah para gamers

Apabila masalah seperti ini sering berlaku, sudah tentunya seseorang itu akan berasa stress dan kecewa kerana tidak boleh melakukan suatu tugasan dengan tenang dan pantas

Jadi, mari kenali apa itu RAM dan fungsinya

RAM (Sumber: Google)

Random Access Memory (RAM) merupakan memori sementara. Random Access Memory adalah memori utama didalam sesebuah komputer yang digunakan untuk media penyimpanan sementara semasa laptop dalam keadaan hidup.

Tambahan pula, segala data di dalam RAM akan hilang apabila laptop dimatikan. Random Access Memory selalu dikategorikan sebagai memori utama komputer dan berfungsi sebagai sokongan bagi prosesor dalam melakukan sesebuah pemprosesan. (Baca Juga: Jenis RAM yang Anda Patut Tahu Sebelum Beli Laptop)

Tiada sebarang perubahan besar jika anda lakukan upgrade kerana tugasnya bukan untuk melajukan mana mana software dalam laptop anda.

Selain itu, ia juga tidak akan meningkatkan performance untuk bermain game kerana ianya hanya sesuai untuk mereka yang running multitasking.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang menggunakan Adobe Photoshop, Video editing software, virtual machine seperti vmware dan oracle virtualbox. Software tersebut sangat memerlukan kapasiti yang besar kerana ia dapat dibuktikan apabila laptop semakin besar, prestasi software virtual machine akan menjadi lebih laju.

Langkah-langkah untuk mengetahui samada RAM perlu di upgrade atau tidak:

1. Buka Software yang anda sering gunakan sebagai contoh Adobe Photoshop dan Google Chrome dalam satu masa yang sama. 
2. Minimize Software tersebut setelah dibuka
3. Tekan serentak Ctrl + Alt + Del
4. Lihat carta memory 

(jika ianya belum/tidak sampai 80% belum tiba masanya untuk upgrade kerana ia masih mencukupi) 

Analisis storan RAM (Sumber: Google)

Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

× Perlukan Bantuan?