Selagi anda memilih laptop yang sesuai dengan kegunaan dan menepati citarasa anda, itulah laptop yang terbaik untuk anda. Namun masih ramai pembeli keliru dalam memilih spesifikasi laptop, kerana setiap kerja memerlukan senarai spesifikasi yang berlainan.
Jika anda sedang mencari laptop yang terbaik untuk pelbagai jenis kegunaan, ini senarai spesifikasi yang laptop anda perlu ada:
MENGGUNAKAN PROSESOR INTEL
Prosesor adalah salah satu perkara paling penting dalam senarai spesifikasi sesebuah laptop/komputer. Antara jenis prosesor yang banyak digunakan adalah Intel dan AMD. Kalau anda belum tahu perbezaan antara dua jenis prosesor ini, klik INTEL vs AMD.
Dah faham mengenai kedua-dua prosesor ini?
Ok jom kita teruskan.
Kebanyakan laptop yang mempunyai prestasi terbaik menggunakan prosesor Intel. Kenapa pula? Ini kerana Intel menyediakan pelbagai julat prosesor seperti Intel Core i3, Intel Core i5, Intel Core i7, dan lain-lain. Sebenarnya ada banyak lagi tapi yang paling banyak di pasaran adalah tiga jenis ini.
Kalau nak dibandingkan taraf kualiti dan prestasinya, sudah tentulah i7 yang terbaik. Ia mampu menyokong kerja-kerja berat seperti penyuntingan, gaming, design, dan banyak lagi. Sebab itu laptop yang menggunakan prosesor Intel Core i7 lebih laju dan kurang lagging. Berbeza dengan i3 yang sesuai untuk kerja-kerja ringan dan i5 untuk kegunaan yang sederhana berat.
Tapi bergantung juga pada generasi CPU tersebut, contohnya i7 8th Gen dan i7 10th Gen. i7 10th Gen adalah yang paling latest antara semua. Walaupun dua-dua i7 tetapi ada perbezaan dari segi performance nya.
Tapi tak bermakna prosesor AMD dan Intel yang lain tidak bagus. Cuma kalau anda nak laptop yang paling terbaik, pilihlah prosesor Intel i7 ni.
RAM TIDAK KURANG DARI 8GB
Random Access Memory (RAM) bertujuan untuk membantu mempercepatkan prestasi laptop anda semasa multitasking. Apabila anda membuka banyak aplikasi dalam satu masa, laptop anda akan berpotensi untuk lag dan slow. RAM ini yang akan bantu melancarkan penggunaan aplikasi anda.
Ada RAM yang benilai 2GB, 4GB, 8GB, 16GB, 32GB, 64GB dan 128GB. Lagi tinggi GB, lagi bagus.
RAM yang standard orang guna adalah 4GB, cukup untuk membuat kerja-kerja biasa. Tapi jika anda cari laptop yang terbaik, carilah yang mempunyai RAM tidak kurang daripada 8GB. Lebih-lebih lagi untuk kegunaan editing, gaming, dan kerja-kerja berat yang lain. Ini bagi membantu laptop anda bekerja dengan lebih pantas dan lancar.
SAIZ SKRIN YANG MEMUASKAN
Dari segi rekabentuk, ia bergantung pada citarasa dan kegunaan anda. Ukuran saiz laptop yang terdapat di pasaran adalah 11″, 12″, 13″, 14″, 15″, 16″ dan 17″ inci. Saiz yang standard dipakai oleh ramai pengguna adalah 15″ inci.
Kenapa skrin 15″ inci menjadi pilihan ramai?
Saiz skrin yang sederhana ini sesuai untuk anda membuat pelbagai jenis kerja. Atau boleh dikatakan saiznya ‘tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar’. Cukup untuk anda membuat kerja dengan selesa dan efektif. Contohnya kegunaan seperti belajar di kolej, kerja-kerja pejabat dan basic editing.
Skrin laptop yang kecil lebih ringan untuk dibawa kemana-mana. Sebab itu ramai pelajar kolej menggunakan laptop bersaiz kecil. Skrin laptop yang besar boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan dan lebih berat. Jika anda seorang editor, pereka grafik dan gamer, saiz skrin laptop yang terbaik adalah 16″ inci keatas. Ini kerana kerja-kerja seperti ini memerlukan penglihatan yang luas dan jelas pada skrin untuk anda membuat kerja dengan efektif.
SAIZ HARD DRIVE / STORAGE BESAR
Pemilihan hard drive/storage yang laju juga penting dalam menjamin prestasi laptop yang terbaik. ia terdapat dua jenis iaitu SSD dan HDD. Untuk definisi dua storage ini anda boleh baca di SSD vs HDD.
Kalau nak dibandingkan performance antara dua storan ini, semestinya dimenangi oleh SSD yang 3 kali ganda lebih pantas daripada HDD. Walaupun ia mempunyai kapasiti penyimpanan yang rendah tetapi ia menjimatkan bateri laptop anda.
SSD membenarkan anda boot dengan lebih pantas, ON laptop dengan serta merta serta buka aplikasi kegemaran anda dalam masa sesaat sahaja. Harganya agak mahal dengan kapasiti yang kecil, tetapi berbaloi jika anda mengutamakan performance laptop yang laju.
Jika anda belum mempunyai bajet untuk SSD, carilah laptop yang mempunyai slot untuk tukar dari Hard Drive biasa kepada SSD. Nanti senang bila anda ingin upgrade ke SSD pada masa akan datang.
RESOLUSI SKRIN YANG TINGGI
Sebelum ini kebanyakan laptop mempunyai resolusi skrin 1366 x 768. Resolusi skrin 1366 x 768 ini menjadikan gambar lebih kasar dan tidak cantik. Teks di skrin juga tidak dapat dilihat penuh menyebabkan anda terpaksa ‘scroll’ banyak kali.
Sekarang ramai menggunakan laptop dengan skrin beresolusi :
- High Definition (HD) 1280px x 720px
- Full High Definition (FHD) 1920px x 1080px
- Ultra HD 3840px x 2160px
Semakin tinggi pixel semakin cantik kualiti gambar pada skrin anda. Harga juga makin meningkat. Jadi jika anda mempunyai bajet lebih, dapatkanlah Ultra HD. Untuk yang ‘budget-friendly’, FHD juga sudah memadai untuk dapatkan kualiti video dan gambar yang cantik.
Anda boleh cari display yang ada ciri IPS supaya display dapat dilihat dari pelbagai sudut pandangan.
JANGKA HAYAT BATERI PANJANG
Kalau anda jenis yang suka membuat kerja di luar, pasti anda mahu laptop tahan lama tanpa cas kan? Biasalah soket di kafe dn perpustakaan sering jadi rebutan ramai.
Kebanyakan laptop yang ada di pasaran mempunyai jangka hayat bateri yang bertahan selama 8 jam. Jangka hayat bateri yang disarankan adalah yang bertahan lebih dari 7 jam. Jadi mudah lah untuk anda dapatkan laptop yang mempunyai ketahanan bateri seperti ini.
KEYBOARD DAN TOUCHPAD
Kalau nak tahu ciri-ciri keyboard yang bagus, bila anda tekan keycaps bunyi ketikannya tidak bising. Tekanan untuk menaip juga tidak ketat dan sangat ‘smooth’. Jarak antara keycaps juga tidak terlalu rapat, jadi tidak akan ada masalah tersalah tekan.
Untuk touchpad pula, pilih yang daya sensitivitinya tidak terlalu laju dan tidak terlalu lambat. Anda boleh check pada ‘arrow’ yang digerakkan menggunakan touchpad laptop anda. Pastikan ia selaras dengan pergerakan jari anda.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop dan PC? Masukkan nama dan email anda dibawah.
Assalamu’alaikum
Saya pelajar PhD dan sedang cari laptop utk tujuan buat tesis saya. Boleh cadangkan laptop yg terbaik pada kadar budget 3k. Terima kasih
Hi, boleh contact kami di no whatsapps kami utk kami share lebih lanjut : 011-10937756