Printer sudah menjadi satu keperluan selepas wujudnya norma baharu di Malaysia dimana ramai bekerja dan belajar secara atas talian di rumah. Untuk penggunaan yang lama, anda pasti inginkan printer yang terbaik, bukan?
Selepas kami membuat kajian berdasarkan review dari serata pengguna, ini senarai printer yang terbaik di Malaysia sehingga tahun 2021:
P/s jika anda belum tahu jenis-jenis printer, boleh baca di sini.
#1 CANON PIXMA G3010 (Printer ‘All-in-one’ terbaik)
Canon Pixma G3010 merupakan printer ‘home-office’ yang terbaik di Malaysia. Ia terkenal dengan hasil cetakan yang bagus serta reka bentuknya yang berkelas dan cantik dengan kemasan ‘black-matte’. Kualitinya juga setara dengan apa yang ditawarkan oleh printer lain dalam braket harga ini.
Canon Pixma G3010 adalah printer pelbagai fungsi yang mampu menyalin, mengimbas, dan juga disambung ke beberapa peranti melalui Wi-Fi dengan kelajuan pencetakan yang sangat laju. Printer ini juga menyokong sambungan tanpa wayar langsung tanpa sambungan ke penghala.
Spesifikasi printer Canon Pixma G3010 adalah seperti berikut :
Dimensi | 445 x 330 x 163mm |
Berat | 6.3kg |
Fungsi | Mencetak, Mengimbas, Menyalin |
Resolusi pencetakan | 4800 x 1200 |
Sambungan | USB, WiFi, Canon Print app |
Kelajuan imbasan | ~19 saat |
Kelajuan cetakan | Berwarna: ~17 saat Hitam putih: ~11 saat |
Display | 1.2-inci LCD |
Walaupun Pixma G3010 hanya menawarkan satu port USB untuk penyambungan berwayar. Jadi anda boleh menghubungkan printer ke PC atau telefon pintar anda dengan kabel USB yang disertakan dan memasang pemacu, sama ada dari laman web Canon, atau dari CD yang disertakan.
Anda boleh menggunakan aplikasi Canon PRINT / SELPHY (Android, iOS) untuk menyambungkan telefon anda ke printer dan menyalin, mencetak gambar, dokumen serta mengimbas item ‘direct’ ke memori telefon anda.
Printer ini mempunyai bentuk binaan yang baik dan kukuh. Ia dilengkapi dengan paparan LCD 1.2″ serta ‘ink tank’ yang disatukan ke dalam printer bagi mengurangkan risiko dakwat bocor. Dengan resolusi cetakan 1200 x 4800 DPI dan kelajuan cetakan 8.8 IPM untuk monokrom dan 5.0 IPM untuk warna, Ia dapat mencetak hingga 7000 halaman per tangki.
#2 BROTHER DCP-T510W (Printer cetakan laju terbaik)
Printer Brother DCP-T510W adalah printer jenis ink tank bajet yang membantu banyak kerja pencetakan pejabat/rumah anda. Dengan kelajuan cetakan yang sangat cepat, anda dapat menyelesaikan tugas anda di mana dan bila-bila masa sahaja dengan mudah.
Reka bentuknya yang mesra pengguna direka untuk mengurangkan risiko kekacauan seperti kebocoran warna dakwat dan lebih tahan lama.
Spesifikasi printer Brother DCP-T510W adalah seperti berikut :
Fungsi | Mencetak, mengimbas, menyalin |
Jenis printer | Ink Tank |
Sambungan | Menyokong sambungan berkabel dan tanpa wayar |
Resolusi cetakan | 1200 x 6000 |
Kelajuan pencetakan (Bergantung pada standard ISO) | Hitam ~6 saat Berwarna ~12 saat |
Display | 1-line LCD |
Sebagai ‘multi-functional’ printer, ia dapat mengimbas dan menyalin dokumen secara serentak. Printer Brother DCP-T510W juga menyokong AirPrint dan Cloud Print untuk pengalaman pencetakan tanpa wayar. Ia boleh mencetak dengan kelajuan hingga 12 IPM (warna) dan 6 IPM (monokrom).
Printer Brother DCP-T510W memiliki layar LCD 1 baris dan panel kawalan, yang cukup untuk memudahkan navigasi dan juga memaparkan mesej maklumat yang berguna.
Selagi fungsi ‘wireless’ diaktifkan, anda boleh mencetak di mana-mana sahaja, asalkan printer mempunyai sambungan internet. Anda juga boleh menggunakan pilihan penyambungannya yang lain, seperti USB 2.0 konvensional.
Priter Brother DCP-T510W menawarkan resolusi pencetakan 1,200 x 6,000 DPI serta mampu mencetak hingga 6500 halaman dengan dakwat hitam dan 5000 halaman dakwat berwarna.
#3 EPSON ECOTANK L3150 (Printer beresolusi tinggi terbaik)
Printer Epson EcoTank L3150 adalah printer ‘all-in-one’ dengan ciri ‘print-scan-copy’. Kos per cetakannya, serendah 7 pais (per cetakan hitam) dan 18 pais (per cetakan warna). Ia mampu mencetak 4500 halaman hingga ke 7500 halaman serta pengisian semula dakwat sangat mudah.
Printer ini menggunakan pencetak kepala cetakan mikro-piezo ‘semi-permanent’ yang menyediakan perkhidmatan sekurang-kurangnya 3-5 tahun. Kepala cetak piezo ini lebih tepat dan serasi dengan semua jenis dakwat, termasuk pelarut, jenis UV, pigmen serta dakwat pewarna.
Dengan adanya sokongan ‘wired’ dan ‘wiredless’ dari printer ini, anda boleh menyambung ke PC atau laptop anda ke printer dengan mudah. Kesambungan berwayar adalah antara muka USB 2.0 konvensional.
.
Yang menariknya tentang printer ini adalah kepala pencetaknya mempunyai pilihan pembersihan automatik dan manual. Ia membolehkan anda pergi tanpa mencetak selama 20-30 hari, jadi anda boleh menggunakan pencetak seperti yang diperlukan tanpa perlu risau pengeringan dakwat.
Spesifikasi printer Epson EcoTank L3150 adalah seperti berikut :
Fungsi | Mencetak, mengimbas, menyalin |
Jenis printer | Ink tank |
Dimensi | 37.5×34.7×17.9 cm |
Berat | 4.5kg |
Fungsi | Mencetak, mengimbas, menyalin |
Sambungan | Menyokong sambungan berkabel dan tanpa wayar |
Sokongan OS | Windows XP> |
Kelajuan pencetakan (Bergantung pada standard ISO) | Hitam ~33 Halaman Per Minit (PPM) Berwarna ~15 Halaman Per Minit (PPM) |
Resolusi cetakan | 5760 x 1440 |
Penggunaan Kuasa | Rendah |
Kesambungan WiFi Direct membolehkan anda menyambungkan hingga 4 peranti ke printer tanpa penghala. Printer Epson EcoTank L3150 dilengkapi dengan dulang input kaset standard dan menyokong cetakan atas saiz kertas A4, A5, A6, B5, C6, DL.
Ia cukup padat dan dilengkapi dengan feeder helaian ‘top-loading’ dan mampu mencetak gambar beresolusi tinggi 5760 x 1440 DPI. Ini adalah yang tertinggi di antara printer dalam lingkungan harga seperti ini.
Printer ini boleh mencetak kira-kira 33 PPM (hitam putih) dan 15 PPM (berwarna) bergantung pada apa yang dicetak (Nombor ini disahkan melalui standard ISO).
#4 CANON PIXMA G1010 (Printer bajet terbaik)
Printer Canon Pixma G1010 ini adalah satu printer yang bagus dengan harga berpatutan. Ia sama sahaja seperti G3010 cuma tanpa fungsi mengimbas, penyalinan gambar dan fungsi tanpa wayar, cukup untuk kerja-kerja cetakan yang baik.
Jika anda mempunyai bajet yang rendah, kami sarankan anda mengambil printer model ini.
Ini bukan printer ‘multi-functional’ yang boleh mencetak, mengimbas, menyalin dan menyokong sambungan tanpa wayar. Jadi anda perlu menggunakan kabel USB untuk menyambungkannya ke peranti lain. Ia adalah printer konvensional yang memerlukan sambungan berwayar untuk beroperasi.
Spesifikasi printer Canon Pixma G1010 adalah seperti berikut :
Fungsi | Mencetak sahaja |
Jenis printer | Ink Tank |
Kos Per Cetakan | Hitam ~8 Pais Berwarna ~21 Pais |
Sambungan | Berwayar (USB 2.0) |
Sokongan OS | Windows XP> |
Kelajaun pencetakan (Bergantung pada standard ISO) | Hitam ~8.8 Halaman Per Minit (PPM) Berwarna ~5 Halaman Per Minit (PPM) |
Penggunaan Kuasa | Rendah |
Canon G1010 mencetak dengan cukup baik. Ia mencetak pada kelajuan cetakan 8.8 PPM untuk hitam dan 5 PPM untuk cetakan warna. Ia juga menyokong pencetakan dupleks manual untuk pencetakan hitam dan warna. Canon Pixma G1010 mempunyai resolusi cetakan 4800 × 1200 DPI dengan harga yang berpatutan.
Printer Canon Pixma G1010 mempunyai sistem pengisian semula tinta yang sama dengan G3010. ‘Ink tank’ berwarna hitam diletakkan di sebelah kanan dan yang berwarna di sebelah kiri serta dapat menghasilkan 7000 halaman per ‘ink tank’ yang penuh.
Menurut piawaian ISO, kos pencetakan adalah 8 pais per halaman (hitam) dan 21 pais per halaman (warna).
Reka bentuknya yang mesra pengguna dan kemas membolehkan pengguna memenuhi keperluan percetakan dan imbasan mereka dengan efisyen.
#5 Brother HL-1210W (Printer laser terbaik)
Tarikan terbesar Brother HL-1210W adalah harganya. Brother HL-1210W adalah printer laser monokrom yang sangat berpatutan bukan sahaja dari segi kos awalnya tetapi juga dari segi kos operasinya.
Hasil cetakannya yang jelas dan terang hampir setaraf dengan printer mahal yang lain. Tintanya juga tidak mudah luntur apabila terkena air. Tujuan utamanya adalah mencetak Airway Bill (AWB) bungkusan, sesuai untuk kegunaan penjual di luar sana.
Spesifikasi printer Brother HL-1210W adalah seperti berikut :
Dimensi | 340 mm x 238 mm x 189 mm |
Fungsi | Mencetak |
Jenis Printer | Printer Laser Monochrome |
Sambungan | Menyokong sambungan berkabel dan tanpa wayar mesin laser monochrome |
Kelajuan pencetakan (Bergantung pada standard ISO) | Hingga 20 / 21 Halaman Per Minit (PPM) |
Penggunaan Kuasa | Rendah |
Printer Brother HL-1210W mampu dihidupkan dalam masa kurang dari 10 saat dari mod ‘Sedia’, manakala kurang dari 28 saat untuk aktif dari mod ‘Tidur’. Sebilangan besar ini disebabkan oleh mesin cetak peranti dan memori terbina dalam. Memori terbina dalam HL-1210W selaras dengan 32MB.
Printer Laser Monochrome Brother HL-1210W mempunyai ‘footprint’ yang sangat kecil. RM300 sahaja anda sudah boleh dapat printer Brother HL-1210W ini dari LAZADA. Berpatutan kan?
Namun printer ini hanya boleh digunakan untuk mencetak dokumen hitam putih yang bersaiz A4. Ia tidak ada pengimbas, fotokopi, atau percetakan warna. Kelajuan cetakannya adalah sebanyak 20 PPM dengan resolusi maksimum 600 × 600 DPI. Toner asalnya hanya berharga dari RM99 untuk menghasilkan lebih kuang 1000 halaman.
Lagi satu drum printer laser lebih tahan lasak dan kurang mengalami masalah seperti kepala cetak inkjet. Printer laser ini juga tidak kering dari masa ke masa seperti catridge inkjet yang murah.
Ingin belajar lebih banyak tips tentang laptop, PC dan printer? Masukkan nama dan email anda dibawah.